Pelajar dari negara Tembok Besar China dan UUM berpeluang menyelami adat serta budaya Melayu dalam program Bakti Siswa (BAKSIS) di Kampung FELCRA Belimbing Tualak, Kuala Nerang, Kedah.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Dekan PPA COLGIS, Dr. Mohd Na'eim Ajis manakala majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Kawasan Felcra Kuala Nerang, Zulkifli Zakaria.
Dr. Mohd Na'eim Ajis berkata, program anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COLGIS, Persatuan Pengurusan Awam (BPM) UUM COLGIS mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar Mobiliti UUM COLGIS.
"Program tiga hari dua malam ini melibatkan seramai 40 orang pelajar BPM dan 80 pelajar mobiliti berkredit UUM COLGIS dari negara China.
"Tujuan program ini diadakan untuk membawa pelajar mobiliti berkredit UUM COLGIS dari negara China untuk mengenali budaya masyarakat kampung di Malaysia ini," katanya.
Majlis diserikan dengan perarakan bunga manggar dan paluan kompang semasa ketibaan delegasi pelajar.
Pelajar program Pengurusan Pelancongan dari Guizhou Aerospace Vocational and Technical College, China, Jiang Haifei amat teruja mengikuti program yang sarat dengan aktiviti seperti sesi motivasi kepada anak-anak kampung, gotong royong membersihkan surau, dewan orang ramai dan persekitaran kampung.
"Program ini memberi peluang kepada pelajar luar negara yang terlibat dalam program mobiliti merasai pengalaman menarik dengan mempelajari adat dan budaya di Malaysia," katanya.
Jelas Haifei, peserta dapat memahami budaya setempat dan dia amat mengagumi keunikan dan cara hidup diamalkan oleh masyarat Malaysia yang berbilang bangsa.
"Saya dapat merasai suasana meriah penuh kasih apabila bersalam beramah mesra dengan mereka.
"Saya sangat seronok, di China juga terdapat kampung, menariknya di Malaysia penduduknya sangat mesra dan mengambil berat di antara satu sama lain.
"Saya sungguh terharu dengan sambutan yang diberikan, malah penduduk membuat kenduri meraikan kedatangan kami, walaupun baru sampai mereka bertegur sapa dengan ramah seolah-olah macam sudah lama kenal.
"Malaysia unik dan cantik malah orangnya lemah lembut berbudi bahasa, pertama kali jumpa, mereka bersalaman serta memeluk saya seperti keluarga sendiri," katanya lagi.
Sementara itu, Ma Chao dari program sama kagum dengan keunikan serta pengalaman menerusi pelbagai aktiviti antaranya permainan tradisional dan lawatan.
"Seronok dapat menyaksikan persembahan tradisional orang melayu di depan mata. Saya ingin tahu banyak perkara dan mencuba perkara baharu termasuk makanan yang enak..
"Mereka menjamu kami dengan pelbagai aneka makanan kampung yang sedap, ulam-ulaman hijau segar, ubi kayu makan bersama kelapa parut, memang unik lain daripada yang lain.
Dia turut terpikat dengan suasana kampung sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam semulajadi, binatang yang berkeliaran dan kanak-kanak yang bermain, rumah kayu dan sawah padi sangat mendamaikan.
"Kampung ini sangat bersih dan tenang kerana dikelilingi kehijauan pokok getah, dusun buah-buahan, hujan renyai-renyai menyebabkan suhu sejuk. Paling manis apabila berpeluang ke bendang, meredah sawah, berlari atas bendang yang cukup menghiburkan," katanya.
Selain program anak angkat, antara aktiviti yang dijalankan adalah melawat ke kampung, membuat kuih serta bermain permainan tradisional selain melawat tempat menarik yang kaya dengan flora dan fauna sekitar kawasan yang memaparkan keindahan negeri Kedah.
Malam kebudayaan pula dimeriahkan dengan persembahan daripada pelajar persatuan, pelajar mobiliti dan juga penduduk kampung.
Kegembiraaan berganda apabila menerima buah tangan seperti baju kurung yang dijahit khas oleh ibu angkat mereka sebagai kenang-kenangan.
Program ini juga mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan.
___________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers Hanie Maisarah Ahmad Rasidi dari Universiti Utara Malaysia, UUM.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
**Awani Rangers UUM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Awani Rangers UUM
Sat Feb 17 2018
Kegembiraaan berganda apabila menerima buah tangan ada yang terima hadiah baju kurung yang dijahit khas oleh ibu angkat mereka sebagai kenang-kenangan - Foto AWANI Rangers UUM
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan