Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak mengesahkan keropok udang yang dijual di pasaran sekitar negeri ini mempunyai sijil dan penandaan logo halal yang sah.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Shamsul Nizam Khalil berkata hasil pemeriksaan terhadap 65 premis di sepanjang hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam sehingga Alor Pongsu serta kawasan tumpuan orang ramai mendapati produk itu mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Perak.
"Hasil daripada pemeriksaan tersebut terdapat enam keluaran syarikat berbeza turut dipasarkan dalam pasaran ketika ini. Pemeriksaan juga mendapati pembungkusan keropok udang juga hampir sama seperti yang dirampas pada 4 Jan lalu, di mana terdapat seekor gambar udang di hadapan pembungkusan.
"Hasil pemeriksaan mendapati produk berkenaan menggunakan logo halal yang mendapat pensijilan daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam negeri, hasil pemeriksaan juga mendapati produk keropok udang yang diambil tindakan pada 4 Jan lalu tiada lagi dijual di pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung pemeriksaan susulan terhadap penjualan keropok udang di Perak, di Pejabat KPDNKK Perak di sini hari ini.
BACA: Keropok udang guna logo halal meragukan dirampas
Dalam pada itu, Shamsul Nizam turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak meletakkan logo halal pada produk mereka sehingga mendapat perakuan daripada pihak berkuasa.
Syarikat yang meletakkan logo halal palsu boleh didenda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018
Shamsul Nizam berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati produk keropok udang yang diambil tindakan pada 4 Jan lalu tiada lagi dijual di pasaran. --fotoBERNAMA
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan
Peru berhasrat menjadi pengeksport produk makanan halal selepas memperoleh sijil halal Malaysia tahun ini.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia dan UAE raih kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global tahun ke-10 berturut-turut
Malaysia raih kedudukan teratas dalam GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut - HDC
Malaysia sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).
Jakim meterai MoU pembangunan bidang halal bersama Brunei, Indonesia dan Singapura
Ia antara lain melibatkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang pensijilan halal selain pertukaran hasil penyelidikan.
Sektor berkaitan Islam, halal, mesra Muslim dijangka bernilai RM35.7 trilion menjelang 2025 - Fahmi Fadzil
Malaysia mengekalkan status kepimpinan globalnya dalam sektor itu selama sembilan tahun berturut-turut seperti yang diiktiraf GIEI.
MATRADE akan perkenal Platform 'Hab Pengetahuan' pada MIHAS 2023
Platform dinamik itu bertujuan menyediakan perspektif komprehensif mengenai cabaran dan peluang dalam industri halal global.
Malaysia perlu manfaatkan kepakaran dalam industri halal - PM
Perdana Menteri berkata terdapat beberapa cabaran yang harus ditangani dalam industri halal, antaranya memastikan kecepatan dan efisien dalam pengeluaran sijil halal.
MIHAS 2023: Hab pengetahuan MATRADE tumpuan utama bagi perbincangan perspektif industri halal
Matrade optimis capai sasaran jualan eksport RM2.1 bilion menerusi pameran edisi ke-19 ini, yang bakal berlangsung bermula 12 -15 September ini.
Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im
Proses pengharmonian undang-undang di Malaysia yang bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, berdepan cabaran dan tentangan.