Kertas siasatan terhadap pemuzik kontroversi Namewee berhubung klip video berunsur hinaan yang dimuat naik menerusi media sosial akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perintah reman terhadap penyanyi rap itu juga tamat hari ini.
"Polis akan menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, di sini hari ini.
Beliau mengulas perkembangan kes Namewee, 34 atau nama sebenarnya Wee Meng Chee yang direman sejak Jumaat lalu selepas ditahan polis pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung satu klip video berunsur hinaan terhadap agama yang boleh membawa implikasi negatif kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
Namewee dikatakan memuat naik klip video yang didakwanya bersempena Tahun Baharu Cina yang antara lain memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing melakukan tarian berbaur lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia bagi menangani kes jenayah komersial membabitkan penggunaan mata wang kripto seperti bitcoin.
"Bagaimanapun, jumlah kes membabitkan bitcoin masih terkawal iaitu hanya lima kes dilaporkan," katanya.
Mohamad Fuzi berkata JSJK juga telah menubuhkan pasukan khas bagi menangani kes jenayah siber termasuk jenayah komersial yang semakin membimbangkan dan meningkat sejak kebelakangan ini.
Katanya sebanyak 28,271 kes jenayah komersial dilaporkan sepanjang tahun lepas dan sebanyak 6,417 kes berjaya didakwa.
Terdahulu, Mohamad Fuzi menyampaikan sijil penghargaan kepada 14 pegawai JSJK atas kecemerlangan dan kejayaan dalam menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2018
Mohamad Fuzi pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman hari ini, 26 Feb, 2018. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.