Kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Khamis lepas, memberi makna yang cukup besar buat keluarganya.
Anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh berkata walaupun lawatan pemimpin tertinggi negara itu hanya sekejap namun ia amat berharga buat mereka sekeluarga.
"Terima kasih Perdana Menteri kerana menziarah ayah (Nik Abdul Aziz, 84,). Walaupun sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia," katanya dalam entri terbaharu laman sosial Facebooknya hari ini.
Pada Khamis lalu, Perdana Menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan Nik Abdul Aziz dengan diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Nik Mohamad Abduh berkata tahap kesihatan ayahnya itu kini semakin bertambah baik dan menunjukkan perkembangan positif.
"Alhamdulillah, walaupun masih keletihan ayahanda telah mampu menjalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari.
"Semalam ketika menjalani rawatan fisioterapi, ayahanda sudah mampu berdiri sendiri sekitar 30 minit," katanya.
Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.
Nik Abdul Aziz, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.
Bernama
Sat Jan 31 2015
Kesudian PM lawat ayah beri makna besar buat kami sekeluarga - Nik Mohamad Abduh - FACEBOOK/Nik Mohamad Abduh
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina
Azalina berkata, kenyataannya berkenaan UMNO boleh menimbang bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo BN adalah pandangan peribadinya.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Saarani nafi keluar kenyataan ada perubahan 'besar' jika BN tidak diangkat MB Negeri Sembilan
Saarani berkata perbuatan mewujudkan kenyataan palsu itu langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada negara serta rakyat.
Usaha PM bangunkan negara tidak harus ternoktah dengan keputusan PRN - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah menegaskan biarpun UMNO mengalami kekalahan teruk, namun ia tidak seharusnya mengubah apa-apa keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan.