Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memanggil kakitangan yang terlibat dalam kes tuntutan saman seorang remaja kerana mengalami kecacatan kekal akibat kecuaian semasa proses berkhatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun ia kes terpencil, namun perkara sebegitu perlu diberi perhatian supaya ia tidak meresahkan masyarakat untuk menyertai dan melaksanakan program berkhatan yang lain.
"Jika ada apa-apa juga kemalangan dan kesilapan, kita akan susuli untuk menanganinya. Perkara itu (kecuaian pelaksanaan proses berkhatan) jarang berlaku tapi jika berlaku, ia perlu diberi perhatian.
"Saya akan panggil kakitangan yang terlibat untuk beritahu apa yang dah berlaku. Namun saya yakin, perkara ini akan dapat ditangani dengan baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan program berkhatan amal di Klinik Wakaf An-Nur, Masjid Nurul Iman Ijok, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tuntutan saman yang dibuat remaja berumur 18 tahun semalam ekoran kepala alat sulitnya terputus ketika berkhatan lapan tahun lepas.
Remaja itu melalui ibunya, selaku plaintif memfailkan saman terhadap seorang pembantu perubatan dan lima lagi kerana cuai sehingga menyebabkannya mengalami kecacatan kekal.
Dalam saman itu, plaintif menamakan pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang (defendan pertama), pegawai perubatan dan pengarah hospital itu (defendan kedua dan ketiga), doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang (defendan keempat dan kelima) serta Kerajaan Malaysia (defendan keenam).
Berdasarkan pernyataan tuntutan plaintif, remaja itu berumur 10 tahun ketika kejadian dan mendakwa defendan pertama tidak mengikut prosedur yang ditetapkan kerana telah memotong keseluruhan kepala kemaluannya atau 'glans penis'.
Dalam pada itu, program berkhatan amal hari ini dianjurkan secara bersama oleh Hospital Pakar KPJ Selangor, Pertubuhan Sosial Orang Kuala Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan Johor Leadership Programme 3-Johor Corporation.
Sebanyak 104 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun dari sekitar Kuala Selangor menyertai program berkhatan beramai-ramai yang diadakan secara percuma itu hasil sumbangan penganjur terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 01 2018
DZULKEFLY: Perkara itu jarang berlaku tapi jika berlaku, ia perlu diberi perhatian.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Panjat bumbung klinik kerana takut bersunat
Gambar kanak-kanak itu di atas bumbung dikongsi seorang doktor, Dr. Anik Sutari ke Facebook.
Cina pun 'masuk jawi'
Debaran berkhatan turut ditempuhi seorang lelaki berusia 31 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Alex.
Khatan sampai terputus kepala 'anu', KKM panggil kakitangan kes saman kecuaian
Remaja 18 tahun alami kecacatan kekal apabila kepala alat sulitnya terputus ketika berkhatan lapan tahun lepas.
Komplikasi berkhatan: Lesen perubatan boleh digantung jika cuai - Subramaniam
Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
IRIMM sedia bantu keluarga kanak-kanak terpotong kemaluan
IRIMM sedia membantu mendapatkan dana untuk menampung kos rawatan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang mengalami komplikasi selepas berkhatan di klinik swasta.
Keluarga kanak-kanak terpotong kemaluan berharap dapat bantuan pakar
Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terpotong sebahagian kemaluannya ketika bersunat berharap untuk mendapat bantuan pakar bagi melakukan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan.
Polis sahkan video kanak-kanak putus kemaluan adalah benar
Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat adalah benar.