Kementerian Pendidikan mengesahkan seramai 365,500 atau 86 peratus daripada 425,000 guru di seluruh negara telah berdaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehubungan dengan itu beliau menggesa baki kira-kira 60,000 atau 14 peratus lagi guru menyegerakan pendaftaran bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Katanya, meskipun tiada undang-undang yang dikenakan terhadap mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih, tetapi sebagai guru yang sering menjadi ikutan kepada masyarakat perkara tersebut harus dilaksanakan.
"Seluruh masyarakat termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman menganggap guru adalah pembimbing bukan sahaja kepada murid dan pelajar, malah pandangan serta nasihat dijadikan ikutan golongan dewasa.
"Sebagai warga pendidik yang dianggap boleh mempengaruhi masyarakat, semua guru digesa berdaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Guru Pembina Negara Bangsa dan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong, di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir berkata Kementerian Pendidikan tidak menghalang mana-mana guru menyokong mana-mana parti termasuk parti pembangkang kerana kerajaan mengamalkan sistem demokrasi dan semua rakyat termasuk guru berhak untuk membuat pilihan.
Katanya, masalah siapapun pemimpin yang akan dipilih pada pilihan raya umum kelak bukan isu, sebaliknya sebagai rakyat, tanggungjawab sebagai pemilih perlu ditunaikan.
Mengulas mengenai isu guru 'duka-lara', Mahdzir berkata setakat ini kementeriannya telah berjaya menyelesaikan kira-kira 14,000 permohonan pertukaran oleh guru sehingga akhir bulan lepas dan jumlah permohonan itu dijangka meningkat Disember ini.
Katanya, ia sebagai satu usaha yang berterusan kementerian dalam mengurangkan beban kerja guru dan memastikan prestasi guru-guru berkenaan terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa.
Mahdzir pada majlis itu turut menyampaikan poster salah laku disiplin murid dan pelajar kepada lapan pegawai Jabatan Pendidikan Daerah di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2017
Mahdzir menggesa baki kira-kira 60,000 atau 14 peratus lagi guru menyegerakan pendaftaran bagi menunaikan tanggungjawab mereka. - Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Daftar Pemilih Tambahan Februari 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar pemilih tambahan itu mengandungi 33,983 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 29 Feb lepas.
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2023 (DPT BLN5/2023) yang telah diperakui semalam dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 14 Sept depan.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
PRU15: Masih ramai pengundi muda tidak tahu nama dalam daftar pemilih - PM
Warga Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun harus tahu bahawa mereka telah disenaraikan sebagai pengundi secara automatik.
43,508 pemilih baharu didaftarkan, semakan bermula hari ini hingga 14 Okt - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2022 (DPT BLN8/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 14 Okt.
PKR perkenal aplikasi ADIL bagi daftar pemilih dan PAT
Ia akan dilancarkan secara rasmi bermula 4 Mac ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dakwaan tidak bekalkan daftar pemilih, SPR perlu jawab segera
Penjelasan harus diberikan supaya tidak timbul pelbagai persepsi negatif selepas isu tersebut dibangkitkan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Fuziah Salleh pada Rabu.
Lebih 4 juta belia berusia 18 tahun didaftar secara automatik sebagai pemilih setakat 16 Jan - PM
Lebih 4 juta pengundi berusia 18 tahun telah didaftarkan sebagai pemilih secara automatik setakat 16 Jan lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PRN Melaka: Parti mana bakal dominasi 28 kerusi DUN?
Daftar pemilih terkini ST2/2021 yang dikemas kini sehingga 3 Oktober lalu akan digunakan dalam PRN Melaka.
Kesilapan sistem - 101 warga Singapura di luar negara tidak dapat mengundi
Kesilapan itu menyebabkan permohonan untuk mendaftar alamat kontak setempat (LCA) untuk tujuan mengundi tidak diproses.