Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) komited mengadakan perbincangan bersama 12 pemain industri sektor peruncitan untuk memastikan semua bekalan barangan keperluan harian tidak terputus.
Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, usaha itu bagi memastikan semua bekalan keperluan harian mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.
“Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan sedikit sebanyak menimbulkan kesulitan dan kesukaran kepada peniaga dan mencetuskan suasana pembelian panik dalam kalangan pengguna.
“Dalam hal ini, pihak KPDNHEP dan MOA sentiasa proaktif memastikan bekalan sentiasa mencukupi di seluruh negara sehingga 31 Mac ini,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Yang turut hadir Menteri MOA, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Ketua Setiausaha MOA, Datuk Zainal Azman Abu Seman dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zan Zam Ahmad.
Dalam pada itu, Alexander Nanta berkata, pasukan penguatkuasa KPDNHEP turut menjalankan pemantauan di premis-premis pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka bagi memastikan bekalan mencukupi serta memantau harga barangan.
“Pihak industri diingatkan supaya sentiasa memastikan bekalan mencukupi dan memaklumkan segera kepada pihak kami sekiranya berlaku masalah bekalan daripada pengeluar. Ini penting agar rantaian bekalan tidak terganggu.
“Pengendali pasaraya juga diharapkan agar tidak menaikkan harga barangan khususnya dalam tempoh kawalan ini dan pengguna diminta untuk melaporkan sebarang kenaikan harga serta isu bekalan kepada KPDNHEP melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317,” jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Fri Mar 20 2020
Alexander Nanta Linggi dan Ronald Kiandee pada sidang media di Putrajaya pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
KPDNHEP, MOA adakan perbincangan bersama 12 pemain industri sektor peruncitan
Kerajaan akan pastikan semua bekalan keperluan harian mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.