Pihak berkuasa kesihatan di sini bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan berlaku penularan rabies atau penyakit anjing gila melalui kerjasama rapat dengan agensi kerajaan berkenaan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata klinik dan hospital kerajaan di pulau bebas cukai ini juga dilengkapi kemudahan diperlukan untuk menghadapi kemungkinan itu, termasuk vaksin.
"Petugas perubatan kami di klinik dan hospital kerajaan telah menjalani latihan simulasi mengenai rabies sebagai persiapan menghadapi penularan penyakit itu di sini," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Latihan Simulasi Lapangan Satu Kesihatan mengenai Rabies untuk Borneo Utara di sini hari ini.
Beliau berkata jabatan itu telah menubuhkan unit bagi mengesan kehadiran penyakit bagi melancarkan urusan pengumpulan data berkaitan.
"Sebaik sahaja kami menerima data dan maklumat mengenai penularan sesuatu penyakit, tindakan segera akan diambil untuk mengawalnya," kata beliau.
Menurut beliau, langkah mencegah penularan rabies dilaksanakan melalui pendekatan holistik oleh semua agensi kerajaan, termasuk Perbadanan Labuan (LC) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, Pengarah Jabtan Perkhidmatan Veterinar Labuan Dr Elizabeth Edward Juan mengesahkan bahawa ketika ini, Labuan bebas daripada penularan rabies dan jelas beliau, pemantauan sentiasa dilakukan bagi mengesan penyakit itu.
"Kami sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan tercetusnya penularan penyakit kerana tidak wujud risiko sifar sebab setiap kawasan mempunyai risiko tersendiri.
Satu daripada cara untuk mengawal ketat penularannya ialah dengan mengharamkan kemasukan kucing dan anjing dari Sarawak," kata beliau.
Pengerusi majlis penasihat LC Datuk Bashir Alias pula berkata operasi menangkap anjing liar di kampung dan kawasan kediaman juga telah dimulakan dengan bantuan orang ramai.
--BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
Jabatan Kesihatan telah menubuhkan unit bagi mengesan kehadiran penyakit bagi melancarkan urusan pengumpulan data berkaitan. - Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.
MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.