Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akhirnya akan mengumumkan tarikh pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2018.

LTAT berkata pembentangan laporan kewangan bagi Tahun Kewangan (TK) 2018 itu akan dibuat pada 30 September ini.

Sebelum ini, firma pengauditan Earnst & Young (EY) mendedahkan bahawa terdapat tujuh kelemahan kewangan yang ketara dalam laporan-laporan kewangan sebelum ini.

Menurut laporan audit EY ini, mereka menjelaskan bahawa kesemua kelemahan itu berlaku semasa Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin mengetuai barisan pimpinan pihak pengurusan LTAT selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

BACA: Laporan audit EY mendapati pelbagai kelemahan dalam LTAT

LTAT menguruskan dana persaraan Angkatan Tentera, didapati telah mengumumkan keuntungan bersihnya sebanyak 44 peratus lebih tinggi dari apa yang sebenar dalam tahun kewangan 2017 yang berakhir pada 31 Disember 2017.

Percanggahan kewangan menyebabkan keuntungan bersih LTAT dilaporkan pada RM662.2 juta sebelum ini, berbanding jumlah sebenar hanya RM370.7 juta.

Memandangkan penyesuaian semula kepada akaunnya, dana persaraan Angkatan Tentera telah membayangkan bahawa keputusan kewangan FY18 akan memberi kesan negatif.

Dalam mendedahkan isu ini, Ketua Pegawai Eksekutif LTAT Nik Amlizan Mohamed berkata pada bulan April 2019, pembentangan laporan kewangan 2018 hanya boleh dilakukan sekitar bulan Julai 2019 susulan kelewatan pemberian laporan kewangan 2017.