Dua pelajar lelaki pasangan adik-beradik yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk ke sekolah Isnin lalu ditemui selamat awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata Mohd Adam Mohd Taufik, 16 tahun bersama adiknya Mohd Fairus Mohd Taufik, 12 tahun ditemui sedang tidur di Surau Flat Jasa, Mutiara Rini Johor Bahru kira-kira jam 4.30 pagi.
“Soal siasat awal mendapati kedua-dua pelajar ini menaiki bas dari Perhentian Bas Pontian ke Stesen Bas Larkin, Johor Bahru.
“Mereka kemudiannya menaiki teksi untuk ke Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Semasa berada di situ, mereka berteduh di kawasan Taman Permainan dan juga surau sehingga ditemui berada di Surau Flat Jasa Mutiara Rini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Pontian, tengah hari tadi.
Mustafa berkata, hasil temu bual pelajar berkenaan menjelaskan punca mereka lari disebabkan telah dimarahi bapa mereka kerana tidak hadir ke sekolah.
Selain itu, mereka turut memberitahu sering diganggu oleh rakan sekelas.
“Pasangan adik-beradik ini kemudian mengambil keputusan untuk tidak pergi sekolah pada hari Selasa dan menaiki bas untuk ke Johor Bahru.
“Mereka tiada hala tuju. Duit raya yang diperoleh pada Aidilfitri lalu digunakan untuk membayar tambang bas dan teksi,” katanya.
Mustafa memberitahu, kedua-dua beradik ini ditemui dalam keadaan sihat.
“Hasil pemeriksaan fizikal kedua-duanya didapati dalam keadaan sihat dan dirujuk ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Terdahulu pada Selasa lepas, polis menerima laporan kehilangan dua pelajar yang juga pasangan adik beradik.
Kedua-dua pelajar itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Flat A Taman Megah untuk ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi.
Mohd Adam bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sri Perhentian manakala adiknya Mohd Fairus bersekolah di Sekolah Kebangsaan ( SK) Pontian Besar.
Sinar Harian
Thu Jun 27 2019
Soal siasat awal mendapati kedua-dua pelajar ini menaiki bas dari Perhentian Bas Pontian ke Stesen Bas Larkin, Johor Bahru. - Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Bapa tumbuk anak mengaku tidak bersalah miliki parang
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Remy Ishak kini bergelar bapa
Pelakon Remy Ishak mengumumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada pukul 11.17 pagi ini di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.
Sebak tonton persembahan 'Januari', Dina Nadzir bakal teruskan perjuangan di GV9
Lebih membuatkan Dina terharu apabila Jaclyn Victor berkunjung ke rumahnya di Johor Bahru pada hari Isnin untuk memberi semangat.
Bapa pelakon remaja diserah kepada polis Klang
Suspek berumur 43 tahun itu telah diserahkan kepada pihak IPD Klang Utara bagi siasatan melibatkan cabul dan amang seksual.
Larikan anak: Bapa saman bekas isteri, kerajaan, tuntut ganti rugi RM25 juta
Seorang bapa memfailkan saman terhadap bekas isterinya, kerajaan dan lima pihak lagi berhubung dakwaan dua anaknya dilarikan ke New Zealand, empat tahun lalu.
Bapa kanak-kanak maut makan sisa makanan ditahan polis
Individu berkenaan juga didapati positif dadah selepas ujian awal air kencing, dijalankan ke atasnya.
Bapa Faizal Tahir meninggal dunia
Bapa kepada penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir dilaporkan telah meninggal dunia.
Wanita bakar bapa hidup-hidup selepas didera secara seksual
Veiga mendakwa dia telah didera secara seksual oleh bapanya sejak dia remaja lagi.