"Kenal tak? Saya pok cik Maszlee," demikian kata Dr Maszlee Malik kepada pelajar ketika menjejakkan kaki ke dalam dua bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang ketika melakukan lawatan secara mengejut hari ini.
Pendekatan mesra dan mudah didekati itu membuatkan pelajar lebih berani mendekati Menteri Pendidikan itu dan beliau sendiri mendahului menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan cara tersendiri bersama pelajar walaupun ramai yang seolah-olah tergamam melihat beliau.
Awalnya ada yang segan untuk berdepan dengan Maszlee kerana keadaan baju sekolah yang kotor namun Maszlee menyatakan bahawa baju yang kotor tanda orang itu aktif dan pelajar yang aktif adalah seorang yang cerdik.
Usikkan itu ternyata berjaya dan ramai yang akhirnya tersenyum dan bersemangat mendengar pesanan Maszlee supaya menyampaikan salam kepada ibu bapa masing-masing serta membelikan mereka buku cerita berbahasa inggeris lebih banyak dan perlu makan sebelum ke sekolah.
Aksi Maszlee itu dirakamkan oleh ramai pihak dan ia bukan sahaja menarik perhatian pelajar tetapi juga guru serta pengamal media yang berada di lokasi malah Dr Maslee tidak kisah 'mengendap' pelajar menerusi tingkap sahaja ketika melalui kawasan kelas bagi mengelak menganggu tumpuan pembelajaran mereka.
Dalam kunjungan itu Maszlee menegaskan beliau akan hadir ke mana-mana sekolah pada bila-bila masa tanpa jadual terperinci bagi mengenalpasti permasalahan dengan cara lebih berkesan.
Pada persidangan akhbar, beliau menegaskan bahawa kontraktor yang lewat menyiapkan projek yang ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas.
"Sekolah Kebangsaan Seberang Marang ini termasuk dalam sekolah daif dan pembinaan bangunan dua tingkat di sini terlewat siap dan terbengkalai. Kita akan memantau dan pastikan segala projek sekolah di seluruh negara dalam masa lima tahun ini akan dipercepatkan.
"Semua kontraktor perlu bersedia kerana saya akan muncul bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ada beberapa negeri yang mempunyai projek terbengkalai dan ada yang serius termasuk di Borneo. Mereka (kontraktor) perlu kembali kepada jadual asal dan sekiranya lewat tindakan akan menyusul," katanya.
Tambah beliau, pada era Malaysia baru, pihak kontraktor sepatutnya cuba berubah dengan memastikan projek mendahului (siap) daripada jadual yang diberikan dan perlu mempunyai mentaliti negara maju tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kualiti.
Sekolah terbabit menempatkan 620 pelajar namun tidak mempunyai dewan malah terpaksa menggunakan bilik makmal (hanya saiz bilik darjah biasa) sekiranya terdapat majlis tertentu.
Namun ekoran masalah kontraktor yang tidak menyiapkan bangunan dua tingkat yang sepatutnya menempatkan pelajar sebanyak lapan bilik darjah, makmal itu terpaksa digunakan sebagai kelas kepada 56 pelajar (darjah dua).
Ia sepatutnya siap Februari lepas namun tertangguh sehingga kini dan di kesempatan lawatan itu Maszlee sempat mengingatkan kontraktor supaya menyegerakan pembinaan bagi memberi keselesaan kepada pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 08 2018
Maszlee beramah mesra bersama pelajar ketika melakukan lawatan di SK Seberang Marang hari ini. Turut hadir Guru Besar Azman Abdul Hadi. --fotoBERNAMA
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Cecah usia 129 tahun, mengapa Memorial Pelanggaran Gajah kian daif, dipandang sepi?
Memorial Pelanggaran Gajah yang terletak dekat Taman Melor sudah usang dan dinaiki semak samun sehingga tenggelam dari pandangan umum.
Warga emas hidup berhimpit bersama 15 ahli keluarga dalam rumah kecil
"Ada tiga bilik, dua bilik kelamin untuk anak dan menantu masing-masing ada dua dan enam orang anak, satu bilik kecil saya bersama cucu."
Warga emas OKU ditemui tinggal dalam rumah uzur
Individu yang dikenali sebagai Pak Cik Hashim itu tinggal di dalam rumah yang strukturnya telah dimakan anai-anai selain atap yang bocor.
Terpaksa 'berdamai' dengan asap jelaga: 'Tiada elektrik, saya belajar guna lampu pelita'
Delvina Ansarui terpaksa mengulang kaji dan membuat kerja rumah hanya menggunakan lampu pelita.
PVATTBM rayu kerajaan perkenal semula kuota haji untuk veteran tentera
Ismail berkata semasa pemerintahan BN dahulu, veteran tentera diberi kuota 400 tempat setahun untuk menunaikan fardu haji sementara veteran tentera yang daif dibantu untuk membina atau membaiki rumah.
Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.
Keluarga daif tinggal dalam pondok terima bantuan kerajaan negeri
Ketika ditemui, Leo Micheal menjelaskan dia terpaksa tinggal di pondok kebun milik salah seorang daripada adik-beradiknya di kampung itu.
Derita kanak-kanak Syria sehingga terpaksa makan habuk roti
Bayangkan segelintir daripada mereka bukan saja kehilangan tempat tinggal yang dibom pengganas tapi mereka juga hidup dalam serba kekurangan dan daif.
Lawatan mengejut, dekati pelajar - Maszlee
Pendekatan mesra dan mudah didekati itu membuatkan pelajar lebih berani mendekati Menteri Pendidikan itu dan beliau sendiri mendahului menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan cara tersendiri.
Lebuh Raya Pan Borneo: Saya hormat kontrak ditandatangani - Baru Bian
Tegasnya, pihaknya akan pastikan projek-projek ini siap dilaksanakan mengikut jadual.