awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PVATTBM rayu kerajaan perkenal semula kuota haji untuk veteran tentera

Bernama
Bernama
11/03/2020
03:25 MYT
PVATTBM rayu kerajaan perkenal semula kuota haji untuk veteran tentera
Ismail berharap menteri baharu itu dapat mengkaji semula Akta Angkatan Tentera 1972 yang melibatkan pemberhentian kerja seseorang anggota tentera kerana masalah disiplin. - Gambar hiasan
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) meminta agar kerajaan memperkenalkan semula kouta haji kepada veteran tentera.
Presiden PVATTBM, Datuk Ismail Abidin berkata semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, veteran tentera diberi kuota 400 tempat setahun untuk menunaikan fardu haji sementara veteran tentera yang daif dibantu untuk membina atau membaiki rumah.
"Sebelum ini selama dua tahun kemudahan itu dihentikan sedangkan ramai veteran tentera yang semakin tua tidak dapat menunaikan fardu haji walaupun wang mereka sudah mencukupi untuk ke Tanah Suci.
"Begitu juga bagi veteran tentera yang tinggal di rumah daif pernah dibantu oleh kerajaan BN," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau yang mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Menteri Pertahanan baharu itu dapat memberi perhatian terhadap permintaan mereka.
Ismail juga berharap menteri baharu itu dapat mengkaji semula Akta Angkatan Tentera 1972 yang melibatkan pemberhentian kerja seseorang anggota tentera kerana masalah disiplin, tidak mendapat sebarang kemudahan walaupun semasa dalam perkhidmatan mereka banyak mencurah khidmat bakti kepada negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Angkatan Tentera
#Barisan Nasional
#daif
#disiplin
#Haji
#Ismail Abidin
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#kuota
#menteri baharu
#Menteri Pertahanan
#pemberhentian kerja
#PVATTBM
#rumah
#Tanah Suci
#tentera
#veteran tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan