Polis menahan seorang lelaki bertatu di kedua-dua tangannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian ceroboh di sebuah tokong di Jalan Kampung Manggis, Permatang Tinggi di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah kedai mencuci kenderaan di Jalan Rozhan, di sini kira-kira 1.30 pagi Ahad.
"Dalam kejadian kira-kira 1 petang Jumaat lepas, penjaga tokong berkenaan berusia 60 tahun membuat laporan polis selepas mendapati kunci mangga pada pintu jeriji tokong diumpil.
"Pemeriksaan mendapati dua unit lampu minyak tembaga milik tokong bernilai kira-kira RM2,500 hilang manakala terdapat kesan potong pada peti besi yang menyimpan wang derma tetapi duit tidak sempat dicuri," katanya di sini Ahad.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup dalam tokong yang sudah beroperasi lebih 30 tahun itu, mendapati seorang lelaki menaiki sebuah motosikal memecah masuk rumah ibadat berkenaan.
Nik Ros Azhan berkata suspek dipercayai masuk melalui pagar hadapan tidak berkunci dan memecahkan mangga stor menyimpan barang tokong, dan semasa kejadian tiada penjaga dan orang bersembahyang di situ.
Susulan kejadian itu, beliau berkata polis menahan lelaki berkenaan dan merampas satu bongkah berwarna kuning dan berlambang serta berukiran naga.
"Selain itu, polis turut merampas beberapa barangan lain termasuk sebuah motosikal digunakan dalam kejadian berkenaan serta sebuah topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kami sedang siasat sama ada ia digunakan untuk menyamar sebagai polis," katanya.
Beliau berkata polis juga sedang mengesan dua unit lampu tembaga yang dicuri itu dan ia dipercayai telah dijual.
Katanya lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta dan mempunyai enam rekod lampau itu kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2018
Pemeriksaan mendapati dua unit lampu minyak tembaga milik tokong bernilai kira-kira RM2,500 hilang. - Gambar hiasan
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Lelaki pecah masuk tokong ditahan
Polis menahan seorang lelaki bertatu di kedua-dua tangannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian ceroboh di sebuah tokong.