Lelaki yang memukul penghantar makanan sebuah syarikat penghantaran terkenal dalam kejadian di Alma, di sini yang pergaduhan tersebut turut menjadi tular di media sosial Facebook, Khamis lalu, direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata lelaki berusia 33 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta itu ditahan di sebuah hotel di sini pada jam 7.22 malam pada Jumaat.
"Polis telah mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut, kami masih menjalankan siasatan lanjut termasuk punca suspek bertindak sedemikian," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, malam tadi.
Katanya, polis juga akan merekodkan keterangan mangsa dan pemilik rumah inap desa yang disewa lelaki itu bagi membantu siasatan kes tersebut.
Beliau berkata polis menjalankan siasatan kes berkenaan menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.
Khamis lalu, polis menjalankan siasatan kes itu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu penghantar makanan berumur 34 tahun yang cedera dipukul suspek dalam kejadian jam 11.05 pagi di sebuah inap desa disewa pelanggan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 08 2020
Polis telah mendapat perintah reman selama empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan kes tersebut. - Gambar hiasan
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tular: Polis buru lelaki tunjuk kemaluan
Polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita seperti dalam video tular di laman Twitter sejak Ahad.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Lelaki pukul penghantar makanan direman empat hari
Lelaki berusia 33 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta itu ditahan di sebuah hotel di sini pada jam 7.22 malam pada Jumaat.