Lima buah bot Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu yang diletakkan di Jeti Pangkalan Marin, di sini musnah dalam kebakaran pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatam Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi ini.

Katanya, empat buah bot itu terdiri daripada Bot Banggi 27, Bot Vanguard 11, Bot Vanguard 12 dan Bot Banggi 28 musnah 100 peratus manakala sebuah lagi bot iaitu Bot Cenderawasih mengalami kerosakan 10 peratus.

Beberapa buah bot milik PGA terbakar di Jeti Pangkalan Marin di sini pagi ini.

"Pasukan JBPM berjaya memadam kebakaran pada jam 12.12 tengah hari dan operasi tamat 16 minit kemudian menggunakan kaedah semburan buih.

"Seramai 12 pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian menggunakan sebuah jentera bomba bersama satu kenderaan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (EMRS).

Jelas kenyataan itu lagi, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Manakala punca dan kerugian masih dalam siasatan jabatan itu.

Beberapa buah bot milik PGA yang musnah dalam kebakaran di Jeti Pangkalan Marin Lahad Datu, pagi ini.