Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menerima lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) pada 2019 dan seterusnya, terutama dari China dengan sokongan masyarakat Hakka yang berkembang maju di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut melahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan China, yang memasuki ulang tahun ke-45 akan terus kukuh.
"Sejak 10 tahun lepas dan secara berturut-turut, China telah menjadi rakan dagangan nombor satu Malaysia, menduduki tempat pertama dalam import dan merupakan destinasi eksport kedua terbesar.
"Saya menjangkakan hubungan kami yang kukuh dengan China akan terus berkembang," katanya pada majlis makan malam bersempena dengan Persidangan Hakka Sedunia yang ke-30 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Jumaat.
Semasa pengumuman Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan Malaysia akan mewujudkan 'saluran Khas' bagi memudahkan kemasukan FDI dari China di bawah InvestKL.
Hubungan perdagangan di antara Malaysia dan China pada 2018 merekodkan nilai sebanyak RM 325.53 bilion (US$77.72 bilion), naik 8.1 peratus daripada 2017.
Sementara itu daripada segi pelaburan, China mengekalkan kedudukannya sejak 2016 sebagai pelabur terbesar dalam projek-projek pembuatan yang diluluskan di Malaysia, dengan capaian sebanyak US$4.75 bilion (RM19.9 bilion) pada 2018.
"Menteri Kewangan baru sahaja mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 bilion sebagai insentif pakej pelaburan yang disesuaikan selama setahun untuk sepanjang lima tahun bagi menarik minat syarikat luar ke atas negara ini.
"Malaysia sedang berusaha untuk memikat syarikat-syarikat Fortune 500 dan "unikorn global" dalam sektor berteknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan Malaysia," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 18 2019
WAN AZIZAH: Sejak 10 tahun lepas dan secara berturut-turut, China telah menjadi rakan dagangan nombor satu Malaysia, menduduki tempat pertama dalam import dan merupakan destinasi eksport kedua terbesar. --fotoBERNAMA
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.