Malaysia menggesa Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) supaya membantu etnik Rohingya di Wilayah Rakhine yang menderita kerana tidak mendapat keadilan.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata negara anggota D-8 perlu membantu etnik Rohingya dengan cara mana yang boleh untuk meringankan keadaan sosioekonomi mereka yang menyedihkan.
"Suruhanjaya Penasihat Wilayah Rakhine sudah mengeluarkan Laporan Terakhir yang mengenal pasti aspek pembangunan sosial dan ekonomi dalam krisis Rohingya. Kami percaya pelaksanaan syor yang dikemukakan dalam laporan itu akan memperbaiki keadaan sosioekonomi mereka.
Bagaimanapun, pembangunan sosioekonomi hanya boleh dilaksanakan jika ada kestabilan politik kerana ia saling berkait, yang kemudian itu adalah prasyarat untuk pembangunan sosioekonomi," katanya semasa menyampaikan ucapannya pada Sidang Ke-17 Majlis Menteri-Menteri D-8 di sini pada Khamis.
Beliau berkata satu kaedah segera untuk membantu etnik Rohingya adalah dengan Kerajaan Myanmar memberikan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan tiba kepada mereka yang memerlukan.
"Dalam hal ini, Malaysia memuji Bangladesh kerana memberi perlindungan kepada pelarian Rohingya," katanya.
Ditubuhkan pada 15 Jun, 1997, Kumpulan D-8 adalah sebuah organisasi untuk kerjasama pembangunan terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Turki dan Malaysia.
Semenjak keganasan meletus 25 Ogos lepas, lebih daripada 400,000 etnik Rohingya meninggalkan kediaman mereka dan menyeberang sempadan ke Bangladesh.
Malaysia juga menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang kini berlindung di kem pelarian di Bangladesh.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan tiba di sini pada Khamis untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kesembilan D-8.
Timbalan Perdana Menteri dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa Sidang Kemuncak D-8 pada Jumaat.
Ahmad Zahid juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin-pemimpin di luar sidang kemuncak itu, bagi membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan bersama.
Bertemakan "Memperkembangkan Peluang Menerusi Kerjasama", sidang kemuncak kali ini jatuh pada ulang tahun ke-20, D-8 semenjak penubuhannya pada 1997.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2017
Anifah berucap di Mesyuarat sesi ke-17 Majlis Menteri Menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) Dalam Kerjasama Ekonomi sempena Sidang Kemuncak D-8 pada Khamis. -BERNAMA
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.