Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini, terus menunjukkan penurunan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 5 petang tadi, seramai 1,365 daripada 373 keluarga berada di kesemua PPS berbanding 1,374 orang daripada 376 keluarga tengah hari tadi.

PPS yang dibuka adalah di daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi, kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Di Segamat, empat PPS menempatkan seramai 103 mangsa daripada 22 keluarga, Mersing (lapan PPS bagi 1,230 mangsa daripada 344 keluarga) dan Kota Tinggi (sebuah PPS untuk 32 mangsa daripada tujuh keluarga), katanya.

-- BERNAMA