Tan Sri Annuar Musa dijangka dipanggil dalam tempoh terdekat untuk memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa termasuk berkaitan penajaan pasukan bola sepak Kelantan.
Pengerusi Sementara Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Yusof Yacob berkata siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman Mara berhubung isu itu kini dalam peringkat akhir dan Annuar akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.
"Jawatankuasa ambil sedikit masa kerana perlu buat analisis dengan teliti. Terpulang kepada mereka (bila untuk memanggil Annuar)...tetapi dijangka tidak lama lagi, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Usahawan Mara negeri di sini malam tadi.
Katanya, anggota jawatankuasa audit berkenaan perlu diberikan kebebasan dan masa secukupnya untuk menjalankan siasatan berhubung isu itu untuk memastikan ia dapat dijalankan dengan adil dan saksama.
Pada 31 Jan lepas, Mara menggantung tugas anggota Parlimen Ketereh itu sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).
Annuar sebelum ini bagaimanapun menafikan terbabit dalam sebarang salah guna kuasa berhubung keputusan PMB dan UniKL menaja pasukan TRW.
Selain itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dilaporkan telah memanggil sembilan individu termasuk Annuar sendiri bagi memberi keterangan berhubung isu itu pada awal Februari lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2017
AnnuarAnnuar sebelum ini menafikan terbabit dalam sebarang salah guna kuasa berhubung keputusan PMB dan UniKL menaja pasukan TRW. - Gambar fail
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
AWANI 7:45 [04/05/2024] – Warisi banyak hutang | Terhempas di kawasan ladang | Keadaan cuaca tidak menentu | Pergaduhan dua kumpulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Wan Azizah ingatkan ahli PKR bersatu teruskan perjuangan parti
Dr Wan Azizah berkata peringatan tersebut penting kerana perpecahan boleh merosakkan parti yang ditubuhkan dengan semangat reformasi itu.
KBS masih kenal pasti lokasi sesuai bina velodrom terbuka - Hannah
Sukan berkenaan merupakan antara yang menyerlah serta menyumbang pingat di kejohanan dalam dan luar negara.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon Bebas lancar manifesto, kemuka 20 tawaran
Calon Bebas Nyau Ke Xin hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang mengandungi 20 tawaran.
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.