Lapan operasi penerbangan domestik MASwings di Sabah dan Sarawak dihentikan berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

MASwings dalam kenyataan berkata, antara sektor terlibat termasuklah Kuching-Sibu-Kuching, Kuching-Bintulu-Kuching, dan Kuching-Miri-Kuching.

Sektor lain ialah Kota Kinabalu-Sandakan-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Miri-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Sibu-Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu-Bintulu-Kota Kinabalu.

Keputusan untuk menamatkan perkhidmatan ini telah diputuskan oleh kerajaan yang diwakili Kementerian Pengangkutan sebagai salah satu daripada perjanjian tanggungjawab khidmat awam di antara kementerian itu dan MASwings.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak mengganggu perkhidmatan udara di sektor ini memandangkan terdapat operasi yang sama oleh syarikat penerbangan lain.

Perkhidmatan di kesemua laluan ini akan berakhir pada 31 Disember depan.