Op Selamat yang diadakan pada setiap musim perayaan dianggap berjaya mencapai matlamat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya daripada terus meningkat namun pengguna disaran beralih kepada pengangkutan awam yang lebih selamat.
Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Kulanthayan K.C. Mani berkata pada masa sama pengguna jalan raya perlu bekerjasama memastikan angka kematian dikurangkan ke tahap paling rendah.
Beliau berkata pengguna boleh beralih kepada pengangkutan awam sebagai kaedah paling selamat untuk melakukan perjalanan jauh selain mengawal kelajuan kenderaan jika menggunakan kenderaan persendirian.
"Pertama jika mereka dapat berpindah kepada pengangkutan awam adalah lebih baik. Pengangkutan awam memang cukup selamat berbanding pengangkutan persendirian. Kedua, bagi mereka yang menggunakan kereta, kelajuan kenderaan perlu dikurangkan, katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di sini malam tadi.
Katanya, apabila kelajuan kenderaan dikurangkan, peluang untuk mengawal kenderaan lebih baik lantas kemalangan boleh dikurangkan dan sekiranya ia tetap berlaku, kecederaan dan kadar kematian dapat dikurangkan.
Kulanthayan berkata walaupun pelbagai inisiatif dilaksanakan, pengangkutan awam masih kaedah pengangkutan yang lebih selamat berbanding kenderaan persendirian.
Katanya, menurut statistik, kemalangan membabitkan kenderaan persendirian masih berada pada kedudukan tertinggi.
"Kadar kemalangan maut yang paling tinggi melibatkan motosikal diikuti dengan kereta. Dua kumpulan ini saja sudah mencapai lebih daripada 80% angka kematian. Jadi penunggang motosikal yang paling berisiko tinggi.
Jika dua kumpulan ini dapat kita pindahkan sedikit kepada pengangkutan awam, saya rasa kita dapat menangani isu ini," tambahnya.
Op Selamat 15 diadakan dalam tempoh 12 hari sempena musim perayaan Aidilfitri sejak ia dilancarkan pada 29 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2019
Menurut statistik, kemalangan membabitkan kenderaan persendirian masih berada pada kedudukan tertinggi. - Gambar hiasan
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNRWA tutup ibu pejabat di Baitulmaqdis Timur
UNRWA memutuskan untuk menutup ibu pejabatnya di Baitulmaqdis Timur selepas penduduk Israel berulang kali membakar kawasan berhampiran premis itu.
Kuala Kubu Baharu selepas peristiwa empangan pecah
Terbentuknya Kuala Kubu Baharu melalui beberapa fasa termasuk peristiwa empangan pecah meragut 33 nyawa pada 24 Oktober 1883.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.