Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendesak Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din atas kenyataan tidak sensitif wakil rakyat DAP itu.
Tegasnya, walaupun berbeza ideologi politik, kematian tokoh agama itu tidak sepatutnya dipolemikkan.
"Kita rasa kesal mengenai perkara ini kerana pihak mereka tidak sensitif kerana ini satu kehilangan tokoh negara. Walaupun kita berbeza pendapat dari segi politik, tetapi kita tidak perlulah menjadikan ia bahan untuk mempolitikkan lagi," katanya semasa ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3 di Wisma MCA di sini hari ini.
Jelasnya lagi, pemergian Allahyarham Haron Din adalah satu kehilangan besar kepada negara.
"Jadi, kita berasa sedih perkara ini berlaku dan individu berkenaan perlu meminta maaf kepada ahli keluarga Allahyarham sekiranya mereka ada mengeluarkan kata-kata yang tidak manis," kata beliau.
Kata Tiong Lai, setiap anggota masyarakat perlu sentiasa sensitif dan cuba memahami budaya dalam masyarakat bagi mengelak sebarang kekeliruan berlaku.
"Saya rasa pemahaman atau semangat perpaduan yang kental antara kita penting kerana kita perlu sensitif kepada pandangan atau budaya kaum masing-masing.
"Kita tahu bahawa budaya Islam, budaya Melayu, memang apabila mereka meninggal, mereka perlu dikebumikan dalam masa singkat, tidak seperti kaum Cina yang mengambil masa beberapa hari sebelum dikebumikan," ujarnya.
Ujarnya, melalui pemahaman budaya kaum lain, maka semangat perpaduan antara masyarakat akan sentiasa dikekalkan.
"Jadi pemahaman kebudayaan itu penting dan kita perlu menghormati rakyat berbilang kaum dalam negara kita. Oleh itu, semangat perpaduan itu perlu kita pupuk setiap masa. Jadi, semua orang perlu sensitif terhadap pandangan kepada sesuatu kaum," tambah beliau.
Pada Sabtu, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng turut kesal dengan kenyataan berkenaan yang mengundang kemarahan banyak pihak.
Beliau juga memaklumkan Jeff Ooi telah memadamkan perkongsian status berkenaan di Twitter beliau.
Jeff Ooi sebelum ini menerusi akaun Twitternya berkata: "Adios Harun Din, let there be peace".
Rahimah Abdullah
Sun Sep 18 2016
TIONG LAI: Individu berkenaan perlu meminta maaf kepada ahli keluarga Allahyarham sekiranya mereka ada mengeluarkan kata-kata yang tidak manis
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Azmin sebak mengenangkan pertemuan terakhir dengan Allahyarham Haron pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi.
Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid
Hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan mereka.
Umat Islam berduka pemergian Allahyarham Hassan Din
Pemergian tokoh agama terkenal Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz hari ini bukan sahaja 'ditangisi' rakan-rakan pendakwah, malah pemimpin negara.
Baju Allahyarham Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong
Sepersalinan baju Melayu berwarna hijau milik bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din mencapai harga RM3500 ketika dilelong.
Ustaz Ishak Din meninggal dunia
Kesihatan arwah yang berusia 78 tahun itu semakin merosot selepas menjalani pembedahan jantung di pusat perubatan itu pada Jumaat lepas.
Ahmad Yakob tidak berminat jawatan Mursyidul Am PAS
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa dengan jawatan tersebut mencadangkan supaya tokoh lain dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya.
Jeff Ooi beri keterangan berhubung tweet Haron Din
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang untuk memberi keterangan berhubung tweetnya mengenai Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Lelaki direman berkenaan kenyataan Facebook mengenai Haron Din
Lelaki yang juga ahli perniagaan berumur 69 tahun itu didakwa membuat kenyataan berunsur penghinaan di laman sosial Facebook miliknya.
Jeff Ooi serah diri esok - Peguam
Peguamnya RSN Rayer berkata anak guamnya akan hadir di balai polis itu, tengah hari esok.
Dua ditahan susulan kenyataan di Facebook berkaitan kematian Haron Din - KPN Khalid
Pengesahan penangkapan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam posting terbaru di akaun Twitternya pada Isnin.