awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2022
05:55 MYT
Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Datuk Seri Azmin Ali menziarahi pusara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Haron Din di California, Amerika Syarikat. - Gambar Instagram AZMIN ALI
CALIFORNIA: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali mengambil kesempatan dalam lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat (AS) untuk menziarahi pusara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Haron Din di California.
Dalam perkongsian di Instagramnya, beliau berkata, suasana sayu dan hiba terasa apabila tiba di pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars pada Sabtu (15 Mei).
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, beliau sebak mengenangkan pertemuan terakhir mereka pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi, sehari sebelum Allahyarham dan keluarga berangkat ke AS untuk menjalani rawatan.
View this post on Instagram
A post shared by Mohamed Azmin Ali (@azmin_ali)
“Sedih apabila menerima panggilan telefon dari ahli keluarga yang memaklumkan Tuan Guru menghembuskan nafas terakhir pada 15 September 2016, hanya beberapa hari selepas pertemuan kami.
“Hari ini, 15 Mei 2022, saya menziarahi pusara Almarhum. Saya membacakan surah Al Fatihah dan Yassin dengan perasaan yang amat sedih di atas perpisahan ini.
“Saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT semoga Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dianugerahkan husnul khatimah dan ruhnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh ni’mat Allah SWT. Al Fatihah,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, Haron merupakan seorang murabbi ummah yang banyak berbakti terhadap umat dan perkembangan Islam di Malaysia dan juga di rantau.
Selain merupakan tokoh sarjana muslim yang menyemai intelektualnya dan tradisi keilmuan, tambah Azmin lagi, Almarhum juga memainkan peranan besar dalam memasyarakatkan penghayatan Al Quran.
“Kecintaan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din terhadap institusi ilmu serta pembangunan masyarakat ilmu telah mendorong beliau untuk membangunkan Masjid Al Umm sebagai pusat pencerdasan umat Islam.
“Usaha ini yang membidankan pertemuan kami di Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor pada 8 Julai 2015 bersama Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al Umm untuk Kerajaan Negeri membantu menyegerakan pembangunan institusi Islam di Bangi,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Haron Din
#pusara Haron Din
#California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan