Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) masih menunggu laporan bedah siasat berhubung punca kematian seorang pekerja warga Bangladesh dalam kemalangan di tapak pembinaan MRT di Portal Semantan, di laluan Jalan Duta semalam.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awamnya Amir Mahmood Razak berkata bedah siasat terhadap mayat Rijaul Abdul Goni, 40, yang maut di tempat kejadian dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan siap lewat petang semalam.
"Laporan bedah siasat itu masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Amir menafikan laporan media bahawa badan Rijauli hancur dalam kemalangan itu dan menurutnya laporan awal menyatakan badannya dalam keadaan baik.
"Syarikat kami sedang membuat persiapan untuk menghantar jenazah Rijaul pulang ke negaranya pada Isnin," katanya dan menurutnya syarikat telah menghubungi Suruhanjaya Tinggi Bangladesh berhubung perkara itu.
Dalam kemalangan itu, tiga pekerja Bangladesh sedang memasang kerangka besi tetulang di tapak V4 Portal Semantan pada 1.20 tengah hari semalam apabila ikatan antara besi tersebut dan kerangka terputus dan menghempap pekerja berkenaan.
Sementara seorang lagi pekerja, Shanaullah yang dihantar ke HKL kerana mengalami kecederaan di muka dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas surgeri dilakukan pada hidungnya manakala seorang lagi pekerja Rozlu Karim tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.
Amir berkata syarikat merakamkan takziah dan rasa kesal dengan kejadian itu kepada keluarga pekerja berkenaan berhubung kejadian malang itu.
Katanya MRT Corp bersama-sama pihak berkuasa relevan sedang menjalankan siasatan untuk menentukan punca kejadian itu.
Bernama
Sat Feb 28 2015
MRT Corp. masih menunggu laporan bedah siasat berhubung punca kematian seorang pekerja warga Bangladesh di MRT Semantan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.