Isu perebutan giliran restoran nasi kandar popular Pulau Pinang, Nasi Kandar Line Clear di George Town terus panas apabila Bahagian Perlesenan dan Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas meja dan kerusi tanpa sebarang notis awal pagi Isnin.
Dalam kejadian pada 4 pagi itu, sepasukan 40 pegawai dan anggota MPPP menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mengambil meja membancuh teh, meja makan dan kerusi.
Selain itu, MPPP juga didakwa cuba mengambil pelbagai barangan lain tetapi berjaya dihalang oleh pengusaha restoran terbabit.
Salah seorang waris restoran terbabit, Lokman Madinah mendakwa tindakan MPPP itu cukup mengejutkan kerana tiada sebarang notis pemberitahuan diberikan kepada pemilik restoran berkenaan.
Beliau mendakwa tindakan itu adalah zalim kerana apa yang terjadi adalah masalah keluarga dan MPPP seharusnya bertindak sebagai orang tengah dan bukannya bertindak sedemikian.
"Kenapa mereka datang pukul 4 pagi? Kata hendak bagi notis, tetapi mana notis terakhir mereka? Sebenarnya kita sudah hantar surat untuk hendak pergi ke mahkamah. Jadi, tolong hormati pihak mahkamah.
Beliau turut mempertikaikan kesesuaian tindakan MPPP tersebut kerana isu perebutan hak milik restoran itu di kalang waris dan akan didengar di mahkamah minggu depan," kata Lokman.
"Kita hormati pihak mahkamah. Sebab itu kita tidak bertindak semasa operasi pagi tadi. Kita hanya duduk di kedai dan tunggu," ujarnya.
"Kami ingin kerjasama daripada Yang Dipertua MPPP Datuk Pathiyah Ismail, hendak mintak jasa baik mereka. Jangan menzalimi 11 ahli keluarga ini. Biar kami selesaikan perkara ini di mahkamah," tambah Lokman.
Operasi sita itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di restoran tersebut.
Susulan kejadian itu, pihak restoran telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pagi tadi.
Setakat ini, MPPP belum mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung operasi tersebut.
Pada bulan Jun lalu, media melaporkan pihak berkuasa tempatan telah mengambil inisiatif mencari jalan keluar kepada kemelut perebutan hak restoran itu bagi memastikan ia terus beroperasi.
Nasi Kandar Line Clear adalah salah satu jenama nasi kandar yang sinonim dengan Pulau Pinang dan telah beroperasi di sebuah lorong di Jalan Penang sejak tahun 1950-an.
Bagaimanapun operasi hak milik restoran 24 jam itu tercetus di antara tiga sepupu yang masing-masing mendakwa mempunyai hak mutlak ke atas premis berkenaan.
Mereka adalah keluarga Abdul Latiff Thulkarunai, Sahubarali Mohd Hanibah and Pathumah Iskandar.
Berikutan perselisihan tersebut, keluarga Abdul Hamid Seeni Pakir yang beroperasi di premis berkenaan enggan melepaskan tapak berkenaan kepada pemilik lesen restoran Line Clear.
Berdasarkan perjanjian asal keluarga berkenaan, mereka bersetuju untuk menjalankan operasi restoran berkenaan secara sistem giliran setiap tahun.
Berikutan itu, keluarga Abdul Hamid dibenarkan menjalankan operasi Nasi Kandar Line Clear dari tahun 2008 hingga tahun 2010.
Perbalahan keluarga ini tercetus apabila Abdul Hamid enggan menyerahkan hak operasi kepada keluarga Sahaburali pada tahun 2011.
Pada Jun tahun lalu, Jabatan Perlesenan MPPP telah memanggil satu mesyuarat melibatkan keluarga terbabit namun mereka gagal mencapai kata putus.
MPPP, dalam satu surat bertarikh 23 Disember lalu telah menasihatkan kesemua pihak terbabit untuk mencari jalan penyelesaian berdasarkan perjanjian asal keluarga itu.
Astro Awani
Mon Jan 19 2015
Gambar dari rakaman CCTV menunjukkan pegawai MPPP merampas barang-barang di restoran popular tersebut. - Astro AWANI
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6,7 Mei
Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Kelecuran badan Faisal Halim pada tahap dua
Kelecuran yang dialami oleh pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim adalah pada tahap dua.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Faisal kini dirawat di hospital, keadaan stabil
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan Faisal Halim kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.
Tumpuan Isnin - 06 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
'Keadaan Faisal cukup menyedihkan' - Hamidin
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kesal dengan kejadian yang menimpa Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.
Angka korban rakyat Palestin hampiri 34,700 berikutan serangan Israel
Sekurang-kurangnya 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas.
Hampir 100% sedia, TH tunggu penerbangan pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
Penggemar nasi kandar luah rasa kecewa jika Line Clear ditutup
Berita Line Clear diserbu pihak berkuasa mendapat reaksi orang ramai di media sosial.
Nasi Kandar Line Clear diserbu
Sepasukan 40 pegawai dan anggota MPPP telah serbu masuk ke premis restoran popular itu dan merampas meja dan kerusi pada pukul 4 pagi Isnin.
K'jaan P.Pinang tidak akan pecat Iszuree sehingga perbincangan dibuat
Dr Afif Bahardin berkata Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil ketetapan untuk mengekalkan Iszuree sebagai Anggota Majlis MPPP.
Kerajaan negeri P.Pinang tidak demokratik, sombong - Iszuree
Iszuree menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai tidak demokratik dan jelas menunjukkan kesombongan sebuah kerajaan negeri dan pemimpin yang dahulunya memperjuangkan kebebasan bersuara.
Bakteria E-coli ditemui dalam Sungai Batu Ferringhi
Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk tindakan lanjut.
Anggota penguatkuasa MPPP ditahan samun kedai 24 jam
Seorang lelaki yang dipercayai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditahan selepas dia menyamun.