Badan bukan kerajaan (NGO) ANTARABANGSA dari Malaysia meneruskan sumbangannya kepada umat Islam di Kemboja apabila memperuntukkan 20 ekor lembu bagi golongan fakir miskin di negara itu sempena Hari Raya Korban.
Ketuanya Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata lembu-lembu itu akan diagihkan ke kampung-kampung terpilih dengan golongan sasaran adalah fakir miskin, anak-anak yatim dan sekolah tahfiz yang berada di kawasan pedalaman.
"Kampung-kampung terlibat pada tahun ini antaranya adalah Kampung Bojuri, Mondokiri, Pak Phou dan Kampung 31," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Menurut Dr Mustapha, semua kampung-kampung itu terletak di kawasan pedalaman dengan penduduknya adalah petani.
Kehidupan mereka sekarang ini agak terhimpit kerana aktiviti pertanian terkesan kerana musim hujan di Kemboja sekarang ini selain kejatuhan harga getah.
Tahun ini NGO ANTARABANGSA memperoleh 20 ekor lembu sumbangan rakan-rakan dari Malaysia termasuk Kementerian Wilayah, Wisma Putra, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perdana Menteri.
Harga seekor lembu di Kemboja adalah antara RM2,000-RM2,250 seekor dan harga seekor kambing adalah antara RM500 dan RM600 bergantung kepada berat haiwan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 08 2018
Lembu-lembu korban akan diagihkan ke kampung-kampung terpilih. - Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
MAIDAM Terengganu sasar kutipan zakat RM230 juta tahun ini
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM230 juta pada tahun ini.
MAIWP sumbang bantuan bulanan kepada 21,556 keluarga fakir, miskin di KL
MAIWP memperuntukkan RM131.39 juta zakat setahun bagi Bantuan Kewangan Bulanan kepada fakir dan miskin termasuk asnaf muallaf dan ar-riqab di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Restoran daun pisang pulih akhlak remaja berisiko
Masala Wheels yang menggunakan model keusahawanan sosial bagi memberikan kehidupan baharu kepada golongan remaja berisiko.
NGO Malaysia serah lembu korban di pedalaman Kemboja
Lembu-lembu itu akan diagihkan ke kampung-kampung terpilih dengan golongan sasaran adalah fakir miskin, anak-anak yatim dan sekolah tahfiz.