Tindakan pantas pasukan bomba Pulau Pinang berjaya menyelamatkan tujuh pekerja kontrak binaan yang terperangkap dalam kebakaran bangunan projek perumahan mampu milik yang sedang dalam pembinaan di Jalan Mount Erskin, Pulau Pinang, malam tadi.
Tujuh pekerja, masing-masing tiga warganegara Pakistan, dua Myanmar dan dua pekerja tempatan, berjaya dibawa turun dalam keadaan selamat setelah terperangkap hampir empat jam di tingkat paling atas bangunan tersebut.
Bagaimanapun, seorang daripada mangsa yang mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Penolong Penguasa Kanan Bomba (bahagian operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.32 malam mengenai kebakaran di bangunan setinggi 48 tingkat itu.
Mohd Hafiz berkata, kebakaran dipercayai bermula di tingkat enam bangunan yang menjadi tempat simpanan barangan bahan binaan dan stor makanan untuk pekerja terbabit.
“Kesukaran yang pihak bomba hadapi, di mana bangunan ini masih dalam pembinaan, jadi anggota kami terpaksa buat kerja manual, naik melalui tangga sampai ke tingkat 46 untuk menurunkan mangsa.
"Kita kenalpasti ada gas di aras 6. Pasukan kami telah buat pemadaman di situ dan dapat keluarkan dan asingkan tong-tong gas itu daripada terus terbakar," katanya sambil menambah, terdapat bahan yang dibuat daripada kayu di aras 6 bangunan terbabit.
Siasatan awal mendapati kebakaran merebak melalui corong pembuangan sampah di bangunan tersebut yang merebak ke tingkat 46.
Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jalan Perak, Bagam Jermal, Paya Terubong dan Teluk Bahang dengan empat jentera bomba dan kekuatan 25 anggota dan pegawai, serta bantuan bomba sukarela, bergegas ke lokasi kejadian.
Semua mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.26 malam.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Apr 09 2018
Kebakaran dipercayai bermula di tingkat enam bangunan yang menjadi tempat simpanan barangan bahan binaan dan stor makanan untuk pekerja terbabit. Astro AWANI
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
AS: Angka kematian nahas jalan raya akibat asap tebal meningkat kepada 8 orang
Angka kematian akibat nahas jalan raya yang membabitkan 168 buah kenderaan pada Isnin lalu meningkat kepada lapan orang, manakala 63 lagi cedera.
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini, mengalami kebakaran dalam kejadian jam 6 petang tadi.
Kebakaran sampah punca balai pelepasan KLIA diselubungi asap
Ruangan balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini diselubungi asap tebal akibat kebakaran dalam saluran sampah di tingkat tiga bangunan itu pada Khamis.
Kebakaran Pasar Dato Keramat: 'Api dari belakang kedai' - Peniaga
Kejadian itu berlaku secara mengejut kira-kira jam 5.10 petang ketika peniaga itu sedang melayan beberapa pelanggan di gerai berkenaan.
Kabel elektrik bawah Jambatan Pulau Pinang terbakar
TNB bekerjasama rapat dengan pihak PDRM, bomba serta PLUS dalam mengawal kebakaran bagi membolehkan aliran trafik di jambatan itu kembali lancar.
Asap tebal, Medan Selera Tanjung Bungah terbakar
Medan Selera Tanjung Bungah di Jalan Tanjong Bungah Pulau Pinang musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 10.15 pagi Sabtu.
Majlis perkahwinan berlatar belakang kepulan asap gunung berapi
Majlis yang berlangsung di Cavite itu diteruskan dalam keadaan tenang dan damai pada Ahad lalu walaupun sedang berlatarbelakangkan kepulan asap letusan yang jaraknya hanya sekitar 20 kilometer.
Kebakaran hotel Songkhla: Lapan rakyat Malaysia antara 16 terhidu asap tebal
Kesemua mangsa yang bercuti di wilayah itu sempena sambutan Songkran berjaya menyelamatkan diri dengan keluar ke balkoni bilik dan tingkap bangunan sebelum diselamatkan oleh orang ramai.
Nyaris rentung, 7 pekerja binaan selamat dari terperangkap
Tujuh pekerja, masing-masing tiga warganegara Pakistan, dua Myanmar dan dua pekerja tempatan, berjaya dibawa turun dalam keadaan selamat setelah terperangkap hampir empat jam.