Lagi individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Ini lima perkara penting yang perlu anda tahu dalam kenyataaan media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

1. PDRM menahan 203 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, 44 individu direman manakala 159 individu pula dikenakan kompaun.

2. PDRM mengadakan 55 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 26,905 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

3. 10 operasi sanitasi meliputi 10 Zon termasuk 4 Zon Kuning dan 6 Zon Hijau yang melibatkan 4 buah negeri antaranya Sabah (7 operasi), Pahang, Pulau Pinang dan Kedah (1 operasi).

4. Sejak 24 Julai sehingga 13 Ogos 2020, 10,838 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 60 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA). Daripada jumlah itu, 44 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan 2,992 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

5. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat pemeriksaan di 74 tapak binaan di seluruh Malaysia melibatkan 62 anggota penguatkuasa. Daripada jumlah itu,73 tapak binaan patuh SOP yang ditetapkan manakala 1 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran.