Expo Negaraku 2017 yang bermula 15 November hingga 15 Disember depan di Dataran Merdeka menampilkan pameran berkonsep lebih dramatik dan interaktif ke arah memupuk semangat patriotik serta cintakan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata ia merangkumi usaha kerajaan untuk menyebarkan maklumat mengenai rangkaian pembinaan kemudahan awam selain pemangkin bagi menyuntik semangat sayangkan negara dalam kalangan masyarakat.
Jelasnya, ekspo ini merupakan pameran infrastruktur yang paling canggih dan terbesar pernah dianjurkan di negara ini.
"Ekspo ini adalah hasil ilham perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberi pengalaman baharu kepada rakyat Malaysia dalam kita menghayati ekspo.
"Belum pernah diadakan di negara kita ekspo Negaraku 2017 ini yang bersifat sangat interaktif.
"Ia untuk menyebar maklumat dan menghayati serta mendapatkan input daripada pengunjung," katanya semasa sidang media selepas prebiu media Ekspo Negaraku 2017, di sini, hari ini.
Pameran sebulan itu dibuka percuma setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Ujar Rahman, expo Negaraku 2017 dijangka dihadiri kira-kira setengah juta pengunjung.
"Ia bukan sekadar pameran statik, sebaliknya berteraskan interaktif, sekali gus membolehkan pengunjung melalui pengalaman ciri fizikal sebenar kemudahan yang dibina kerajaan selama ini.
"Pengunjung akan merasai sendiri dengan pegang dan sentuh, malah ketika sesi tontonan video, pengunjung bakal mengalami situasi sebenar di lapangan seperti waktu hujan serta bunyi guruh," ujarnya.
Katanya lagi, antara tarikan di ekspo berkenaan adalah pameran teknologi telefon yang memberi peluang kepada pengunjung menerima panggilan daripada Datuk Seri Najib, menteri-menteri Kabinet serta menteri besar.
"Telefon lama dan baharu di sini akan berdering serta menyampaikan maklumat mengenai teknologi komunikasi, pengunjung bertuah akan menerima panggilan daripada pemimpin-pemimpin negara," katanya.
Dalam pada itu, jelasnya, Jalan Raja Laut di antara Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka juga akan ditutup selama sebulan untuk keselamatan dan memudahkan perjalanan pengunjung ekspo berkenaan.
"Ia sekali gus menjadi langkah mempromosi pengunjung untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam.
"Penyedia perkhidmatan Grab juga sudah bersetuju untuk memberikan diskaun RM5 kepada pengunjung ke sini," katanya.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 14 2017
ABDUL RAHMAN: Ekspo ini adalah hasil ilham perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberi pengalaman baharu kepada rakyat Malaysia dalam kita menghayati ekspo.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).