Kesemua 11 resort di Pantai Hills Resort (PHR), Jalan Jelebu dekat sini yang beroperasi sejak 10 tahun lepas, didapati masih belum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong berkata ini kerana kebanyakan resort berkenaan tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan MPN.
"Antara kesalahan resort terbabit ialah pembinaan bangunan tidak mendapat kebenaran dan dibina di atas tanah pertanian bagi tujuan komersil. Selain itu, kedudukan bangunan yang agak bercerun dan dikhuatiri mendatangkan risiko keselamatan, kepada pengunjung termasuk pelancong asing.
"Isu penggunaan tanah pertanian untuk tujuan komersil serta penggunaan air dari bukit juga menyalahi syarat dan peraturan yang ditetapkan MPN," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke PHR dekat sini, hari ini.
Kerajaan negeri baru-baru ini menubuhkan jawatankuasa yang diketuai Teo, bagi membuat siasatan termasuk langkah pemutihan terhadap resort berkenaan yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
Mengulas lanjut, Teo berkata setakat ini empat pemilik resort berkenaan telah menerima Notis Penyalahgunaan Perlanggaran Syarat Nyata Tanah Seksyen 125 Kanun Tanah Negara.
"Kita juga mengenal pasti seramai 44 orang pemilik tanah, membabitkan kawasan seluas 36.98 hektar (91.3 ekar) di resort tersebut. Resort itu terdiri daripada puluhan chalet mewah yang disewa pada kadar RM800 hingga lebih RM1,000 satu malam.
"Walaupun MPN telah mengeluarkan notis, tetapi bukan hasrat kerajaan negeri untuk menyusahkan mereka. Tujuan utama kita menjalankan penguatkuasaan dan pemutihan ini adalah, untuk kita membantu pengusaha resort dan pada masa yang sama kita hendak memastikan keselamatan pengunjung.
"Kita sedia maklum resort ini telah siap dibina dan beroperasi walaupun tidak mempunyai kelulusan, tetapi kerajaan negeri tidak akan meminta penguasa merobohkan atau memindahkan bangunan resort tersebut.
"Ini kerana mereka telah melabur jutaan ringgit untuk membangunkan resort ini. Malah, resort ini merupakan satu produk pelancongan di negeri ini.
"Oleh itu, kita mengambil pendekatan bagaimana kita boleh membantu pengusaha resort bagi tujuan pemutihan ini. Maka dengan itu MPN akan mengadakan sesi dailog dengan kesemua pemilik tanah resort tersebut di MPN Khamis ini, untuk mencari jalan penyelesaian," katanya.
Teo berkata dari segi teknikal beliau menasihatkan pengusaha resort terbabit perlu melantik arkitek dan jurutera mereka sendiri yang bertanggungjawab ke atas reka bentuk dan keutuhan struktur bangunan.
Selain itu, katanya arkitek perunding juga perlu membuat lukisan pelan yang teratur dan mengemukakannya kepada Jabatan Kawalan Bangunan MPN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2019
Teo menasihatkan pengusaha resort terbabit agar melantik arkitek dan jurutera mereka sendiri yang bertanggungjawab ke atas reka bentuk dan keutuhan struktur bangunan. - Gambar fail
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
Arkitek ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM3 juta
Seorang arkitek ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu dianggarkan bernilai RM3 juta berkaitan sebuah projek pembangunan di pantai timur.
Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
Menjelang akad nikah, Mira Filzah mohon maaf
Kenapa Mira Filzah minta maaf?
Mira Filzah nikahi anak timbalan menteri malam ini
Mira Filzah pilih Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai suami.
Mira Filzah kahwin Oktober ini?
Aktres jelita, Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.
Arkitek sedia ubah suai Carcosa
Menurut arkitek berpengalaman itu, Carcosa Seri Negara telah kosong selama dua tahun sejak 1987, sebelum beliau membuat kerja baik pulih pada 1989.
Cesar Pelli, pereka Menara Berkembar Petronas meninggal dunia
Argentina kehilangan seorang arkitek profesional yang juga pereka Menara Berkembar Petronas, Cesar Pelli pada Jumaat, lapor agensi berita tempatan negara itu, Telam.
Pantai Hills Resort masih belum mendapat kelulusan MPN
Ini kerana kebanyakan resort berkenaan tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan MPN.
Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap
Menurutnya tidak mustahil Taman KLCC boleh berkekalan sehingga ratusan tahun seperti The Eden Garden di Cornwall, England yang merupakan antara taman tercantik dan popular dalam kalangan pelawat.
Tender RM300 juta: Arkitek GLC ditahan reman
Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Raslan di Mahkamah Majistret di sini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).