Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbunuh setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Kolej Kediaman Pelajar Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh di sini, tengah hari ini.
Goh Xin Li, 21, pelajar tahun satu bidang ''Machining'' kampus tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian, kata Ketua Polis Perlis Datuk Ab Rashid Ab Wahab.
Beliau berkata pelajar dari Pulau Pinang itu dilaporkan cuba memasuki rumah yang didiami bersama tujuh lagi rakannya melalui beranda untuk mengambil kunci rumah yang tertinggal di dalam biliknya dan dipercayai tergelincir lalu terjatuh.
Mayat pelajar itu ditemui tertiarap di atas lantai oleh seorang pelajar lagi UniMAP, Soon Pau Hong, 23, yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, kata Ab Rashid kepada pemberita di sini.
Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan UniMAP yang membuat pemeriksaan sebelum mayat mangsa dihantar ke HTF untuk dibedah siasat.
Katanya keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
"UniMAP akan membantu menguruskan mayat Xin Li termasuk menghantar ke Pulau Pinang," kata Zul Azhar. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Goh Xin Li maut setelah terjatuh dari tingkat tujuh kolej kediaman UniMAP di Kampus Uniciti Alam Sg Chuchuh hari ini, 19 April, 2017. --fotoBERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Peserta himpunan aman di Klang dinasihat patuh arahan polis
Polis akan kawal keselamatan sepanjang perhimpunan 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy'.
Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis
Sebelum ini, kes Muhammad Adib Mohd Kassim diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan sebagai cubaan membunuh.
Pelajar UniMAP maut terjatuh dari tingkat tujuh asrama pelajar
Goh Xin Li, 21, pelajar tahun satu bidang 'Machining' kampus tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis nafi Perlis lubuk premis judi haram
Polis Perlis memandang serius berita palsu itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab serta akan mengambil tindakan tegas kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti anggota polis.
Gara-gara tidak mahu makan ubat, anak bunuh ibu
Gara-gara tidak tidak mahu makan ubat, seorang lelaki dipercayai menghidap sakit mental memukul ibunya berusia 75 tahun dengan tukul besi di kepala hingga mati di sini, pagi tadi.