Laporan pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletakkan di bawah pengawasan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata kumpulan bekas penjawat awam (G25) sudah mempunyai laporan yang amat lengkap mengenai pembiayaan politik dan cadangan tersebut telah disampaikan kepada pihak SPR.

“Pihak SPR sedang meneliti laporan tersebut dan juga laporan daripada karajaan lepas.

"Oleh sebab ia merupakan cadangan yang berkaitan dengan pembiayaan politik, ia diletakkan di bawah pengawasan ECR yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

“Hal ini kerana ia melibatkan struktur dan dasar manakala SPR hanya melibatkan diri dalam perkara-perkara operasi,” kata Azhar ketika dihubungi Astro AWANI.

BACA: SPR patut desak kerajaan percepatkan Akta Pembiayaan Politik - Akhbar Satar

Tambahnya, cadangan mengenai Akta Pembiayaan Politik akan dibentangkan kepada Kabinet pada masa hadapan.



Terdahulu, Abdul Rashid yang juga merupakan Naib Presiden parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata semua Ketua Bahagian Bersatu harus diberikan aktiviti yang memberi peluang supaya mereka mampu meneruskan kerja daripada segi kewangan untuk mempertahankan kedudukan Pakatan Harapan.



Isu pembiayaan dana politik kembali menjadi perbualan selepas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menegaskan wang kerajaan tidak seharusnya digunakan untuk membiayai aktiviti parti politik.

Hannah melihat cadangan Abdul Rashid untuk memberikan keutamaan kepada penyokong akar umbi parti adalah satu cadangan yang tidak baik serta menyifatkannya sebagai satu perkara yang bodoh.



Kenyataan Rashid turut ditentang Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq hingga perbalahan dalam Bersatu.

BACA: Pemberian kontrak: Syed Saddiq pertahan pendirian

BACA: Jangan polemik isu beri kontrak kepada ketua bahagian - Abu Bakar