Pemaju perumahan kelahiran Malaysia, Maha Sinnathamby tersenarai dalam Hall of Fame Pemimpin Perniagaan Queensland di atas kepimpinan berwawasannya dalam mewujudkan bandar raya pertama yang dibina secara persendirian di Australia.
Dikenali sebagai Greater Springfield dan kini selama 27 tahun dengan populasi melebihi 41,000 orang, bandar raya itu disifatkan oleh Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull sebagai "projek pembinaan bangsa yang mempunyai kepentingan nasional."
Hall of Fame Pemimpin Perniagaan Queensland diwujudkan sejak 11 tahun lepas bagi mengiktiraf sumbangan penting ahli perniagaan dan para pemimpin mereka terhadap reputasi, ekonomi dan pembangunan sosial negeri itu.
Dalam kenyataan kepada Bernama, Springfield City Group berkata, ia turut menyenaraikan Bob Sharpless, pengasas Greater Springfield bersama-sama Sinnathamby, yang mana kedua-duanya mewujudkan bandar seluas 3,000 hektar itu yang dibeli pada 1992 di kawasan yang mengalami kemelut ekonomi dan sosial di Tenggara Queensland.
Ini merupakan anugerah kedua yang diberikan kepada Sinnathamby dalam tempoh dua bulan.
Pada bulan lepas, beliau dikurniakan anugerah Pelantikan sebagai Member (AM) of the Order of Australia daripada Queen Elizabeth dalam Senarai Penganugerahan sempena hari lahir baginda.
Sinnathamby, 79, yang berasal dari Rantau, Negeri Sembilan berhijrah ke Australia bagi mengikuti pengajian ijazah kejuruteraan di University of New South Wales pada usia 18 tahun sebelum menetap secara rasmi pada 1971.
Beliau juga baru-baru ini dinamakan sebagai orang ke-47 terkaya di Australia dengan nilai bersih AUD$1.66 bilion
Springfield City kini merupakan satu daripada bandar raya di Australia yang pesat berkembang dan satu-satunya bandar selain Canberra yang dibangunkan hasil usaha gigih menggunakan sumber sedia ada.
Ia kini menempatkan University of Southern Queensland, hospital swasta yang mempunyai 80 katil, 11 sekolah dengan 15,000 pelajar yang dijangka meningkat kepada 30 sekolah, dengan jarak kira-kira lima minit antara satu sama lain.
Greater Springfield juga diiktiraf pada skala dunia untuk beberapa pencapaian, termasuk "World Best Master Planned Community" oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) dan "Australia's Best Master Planned Community" oleh Institut Pembangunan Bandar Australia pada 2015.
Menurut kenyataan itu, setakat ini, sebanyak AUD$17 bilion telah dilaburkan dalam projek itu dengan 25 peratus kadar penyiapan dan dijangka mempunyai 140,000 penduduk apabila siap sepenuhnya.
Sinnathamby berkata, beliau amat berbangga menerima anugerah itu bersama-sama Sharpless,dan menurutnya, kejayaan Greater Springfield itu adalah hasil kerjasama pelbagai individu.
"Ini merupakan pengiktirafan kepada saya dan rakan perniagaan saya serta ratusan individu yang membantu membina bandar ini serta 41,000 penduduk yang menjadikan Greater Springfield sebagai kediaman mereka.
"Tersenarai di Hall of Fame merupakan satu pengiktirafan dan testimoni bahawa dengan semangat dan dedikasi serta sikap tidak pernah berputus asa, sesiapa sahaja boleh meraih manfaat daripada negeri hebat ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2019
Maha Sinnathamby tersenarai dalam Hall of Fame Pemimpin Perniagaan Queensland di atas kepimpinan berwawasannya dalam mewujudkan bandar raya pertama yang dibina secara persendirian di Australia.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.