Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar yang menunjukkan kemaluan kepada seorang penumpang wanita awal Nov lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
M. Vijayakumar, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Hassan.
Dia yang merupakan seorang jurutera didakwa telah mengganggu kesantunan dengan cara menunjukkan kemaluan kepada penumpang wanita berumur 20 tahun itu di dalam sebuah kereta jenis Nissan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), Kota Damansara, di sini pada 12 tengah hari, 5 Nov lalu.
Perbuatannya itu tersiar viral di laman sosial.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin manakala M. Vijayakumar yang diwakili peguam Mohd Shazwan Mohd Hassan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum.
Salamiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu sekiranya terdapat laporan polis mengenai salah laku kesantunan terhadap tertuduh sepanjang kes, jaminan terhadapnya akan dibatalkan serta merta.
Mahkamah menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 05 2016
Tertuduh yang merupakan seorang jurutera didakwa telah mengganggu kesantunan dengan cara menunjukkan kemaluan kepada penumpang wanita berumur 20 tahun. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Grab akan menjamin gaji pemandu e-hailing diteruskan, meskipun permintaan bakal menurun pada tempoh PKP.
Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.
Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan beroperasi pada 24 April.
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas
MyCC bercadang untuk mengenakan denda berjumlah RM86,772,943.76 terhadap Grab serta penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari
Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri
Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) bingung apabila dimaklumkan kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi.
Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad
Dua gadis remaja Natshatra Navanita, 15 tahun dan Divyaa Munian, 16 tahun hilang sejak Ahad lepas pada 11.40 malam.
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Toyota labur USD1 bilion dalam Grab
Toyota telah membuat penilaian terhadap Grab dan meletakkan nilainya pada jumlah USD10 bilion.