Seorang pendaki lelaki warganegara Taiwan dilaporkan hilang di kawasan Telok Asam, Taman Negara Bako, di sini, semalam.

Laporan kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Shin, 70, diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat pada jam 6.30 petang daripada renjer Taman Negara Bako.

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya kemudian dikerah ke lokasi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba Negeri Sarawak, ketika kejadian pengadu dan mangsa bersama dua lagi rakan sedang menjalankan aktiviti 'jungle tracking'.

Mangsa dipercayai terpisah daripada kumpulan tesebut dan kehilangannya hanya disedari pada jam 2 petang.

Kedua-dua rakan mangsa selamat tiba di lokasi permulaan dan membuat laporan kehilangan mangsa kepada pihak renjer Taman Negara Bako.

Operasi pencarian mangsa diteruskan hari ini.