Bacaan bil air Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) bagi bulan ini dikeluarkan mengikut bacaan sebenar di tapak berbanding bil dua bulan lepas iaitu Mac dan April yang hanya dibaca secara anggaran.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS Norzita Ismail berkata selaras dengan perkembangan itu, pemotongan bekalan air bagi setiap bil tertunggak akan dikuatkuasakan bermula 13 sehingga 22 Mei ini, dan akan dihentikan sementara semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Ia akan disambung semula pada 30 Mei. Oleh demikian, pengguna diseru agar lebih bertanggungjawab terhadap pembayaran bil air bagi mengelakkan pemotongan.
"Pelbagai kaedah semakan dan pembayaran bil air disediakan untuk pelanggan selain hadir ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan SAINS, iaitu dengan membuat pembayaran bil air menggunakan kaedah yang lebih mudah dengan memuat turun Mobile Apps iSAINS atau pembayaran secara dalam talian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Norzita berkata SAINS akan memulakan operasi perkhidmatan secara menyeluruh hari ini dengan mengekalkan penglibatan tenaga kerja yang minimum mengikut keperluan.
"SAINS akan memulakan waktu perkhidmatannya bermula pukul 8.00 pagi sehingga jam 4:30 petang manakala perkhidmatan bersama pelanggan akan bermula pada 9.00 pagi sehingga 4.00 petang sahaja. Pelanggan yang datang ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan untuk sebarang urusan diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020
Pengguna diseru lebih bertanggungjawab terhadap pembayaran bil air bagi mengelakkan pemotongan. - Gambar hiasan
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Seorang akauntan didenda RM4,500 selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pejabat.
Azam Baki junjung kasih kepada Agong atas pelantikan semula sebagai KP SPRM
Azam berkata beliau akan terus memastikan amanah itu dilaksanakan sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Lebih tiga jam tangkap buaya tembaga 900kg
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu.
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.
Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan sepasang suami isteri mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh didakwa cuai sehingga bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu.
CIMB Securities sasar pertumbuhan satu digit tinggi pasaran modal akhir 2024
CIMB Securities, anak syarikat milik penuh CIMB Investment Bank Bhd, menyasarkan pertumbuhan satu digit yang tinggi dalam bahagian pasaran modal Malaysia menjelang akhir 2024.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.