Seorang pengurus kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan pada pertengahan Disember lalu.

Tertuduh, S.Muthusamy mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut kertas pertuduhan, Muthusamy dituduh membunuh Ramli Jusoh di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang pada 16 Dis lepas antara 9 hingga 10 malam.

Tertuduh yang berasal dari Taman Rinting, Masai dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 15 Feb depan untuk sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat.