Perbincangan mengenai projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) masih berjalan dengan Malaysia dan China memerlukan sedikit masa menangani isu tersebut, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Menurutnya, negara ini sedang meneliti banyak pilihan untuk mengendalikan projek RM80 bilion berkenaan, yang beliau sebutkan sebagai isu 'sensitif' agar tidak mengecewakan syarikat China.
"Berikan saya sedikit masa dan kita akan dapat menangani isu ini," kata bekas Menteri Kewangan tersebut sambil menambah bahawa pihak China telah menemuinya minggu lepas mengenai isu itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 hari ini.
Daim, yang dilantik sebagai wakil khas perdana menteri untuk mengendalikan projek ECRL telaj pergi ke China pada Ogos untuk membantu menyelesaikan isu tersebut.
Projek ECRL pertama kali diluluskan oleh kerajaan sebelum ini pada 21 Okt 2016 dan Perjanjian Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan telah ditandatangani dengan China Communication Construction Company pada 1 Nov 2016.
Bagaimanapun, kerajaan baharu telah membatalkan projek itu kerana dikatakan terlalu mahal dan tidak praktikal dari segi ekonomi.
Sementara itu, dalam ucaptama sebelumnya, Daim berkata, walaupun di sebalik tuduhan pembangkang mengenai belanjawan 'potong dan tampal', beliau percaya Belanjawan 2019 mempunyai tumpuan dan strategi yang tepat untuk mencapai Malaysia baru.
"Tadbir urus dan disiplin fiskal akan menjadi peraturan baru hari ini.
"Belanjawan 2019 juga mempunyai beberapa langkah untuk meningkatkan pendapatan boleh guna semua rakyat Malaysia, terutama kumpulan B40.
"Adalah penting dalam usaha kita ke arah negara yang bebas dan makmur, tiada sesiapa yang ketinggalan. Kita semua tahu bahawa tiada sesiapa yang memilih untuk menjadi miskin dan mereka yang memerlukan bantuan mesti dibantu," katanya.
Ditanya mengenai ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, beliau berkata: "Jho Low tidak berputus asa dan terus menghantar mesej kepada saya. Kami membuka saluran kami untuknya."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 08 2018
Menurut Daim, negara ini sedang meneliti banyak pilihan untuk mengendalikan projek RM80 bilion berkenaan. - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.