Perjanjian "no cure, no fee" atau "jumpa baru bayar" merupakan pendekatan sesuai dalam menyambung semula misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac 2014, menurut pakar penerbangan.
Juruterbang pandu uji Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata perjanjian ditandatangani antara Malaysia dan syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat , Ocean Infinity Limited, untuk memulakan misi pencarian baharu di selatan Lautan Hindi itu akan menjamin kerajaan mendapat perjanjian yang adil dari segi bayaran kewangan.
"Tiada gunanya membayar perkhidmatan yang tidak mendatangkan apa-apa hasil, oleh itu membuat pembayaran selepas mendapat hasilnya merupakan satu pendekatan optimum untuk mengurangkan atau mengelakkan kerugian modal," katanya.
BACA: Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
BACA: Harapan baharu jejaki pesawat MH370 yang hilang - keluarga
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Rabu mengumumkan di bawah perjanjian itu, usaha menjejaki MH370 akan bermula pada pertengahan Januari menggunakan kapal Seabed Constructor membabitkan kawasan seluas 25,000 km persegi dalam tempoh 90 hari.
Keutamaan misi kapal itu adalah untuk mengenal pasti lokasi bangkai pesawat dan/atau kedua-dua rakaman penerbangan; rakaman suara kokpit (CVR) dan rakaman data penerbangan (FDR).
Mohd Harridon percaya langkah meneruskan usaha menjejaki pesawat itu merupakan inisiatif penting di pihak kerajaan dan sektor swasta yang sekali gus dapat menyelesaikan satu daripada misteri terbesar dalam sejarah penerbangan itu.
Seorang penyelidik di sebuah syarikat penerbangan tempatan, Ahmad Maulan Bardai yang turut bersetuju dengan pendapat itu berkata perjanjian itu berkait rapat dengan aspek undang-undang.
Beliau berkata sepatutnya tiada lagi pencarian rasmi dilakukan pihak kerajaan berikutan penyiasatan rasmi merumuskan "pesawat itu hilang".
"Selain itu, kerajaan tidak boleh lagi memberikan komitmen dari segi kewangan untuk sesuatu yang tidak pasti. Lagipun, usaha pencarian dan pembiayaan ini sudah menjadi amalan dalam industri perkapalan," katanya.
Ahmad Maulan berkata keputusan dibuat oleh menteri patut dipuji demi masa depan industri penerbangan global.
Beliau berkata terdapat banyak soalan belum terjawab yang mungkin memberikan implikasi besar terhadap reka bentuk, penyelenggaraan, prosedur operasi dan amalan syarikat penerbangan dan lapangan terbang untuk memastikan keselamatan pesawat, penumpang dan anak kapal.
"Ini tidak termasuk keperluan untuk menyelesaikan kebimbangan anggota keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat," katanya dan menurutnya semua usaha perlu diambil untuk mencari dan menemukan bangkai pesawat itu supaya semua soalan itu terjawab.
Pesawat MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan dikategorikan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.
Australia, China dan Malaysia, yang menyelaras dan membiayai secara bersama operasi pencarian telah menggantung misi pencarian MH370 pada Januari tahun lalu selepas tiada kesan pesawat Boeing itu dijejaki di kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Setakat ini, hanya tiga cebisan disahkan daripada MH370 telah ditemukan, kesemuanya di pantai di selatan Lautan Hindi, termasuk sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai flaperon.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2018
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Rabu mengumumkan di bawah perjanjian itu, usaha menjejaki MH370 akan bermula pada pertengahan Januari menggunakan kapal Seabed Constructor. - Foto Astro AWANI
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke