Perlembagaan Persekutuan telah membentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat dalam mengawal negeri-negeri dengan pelbagai cara termasuk dalam hal pindaan perlembagaan, kata pakar undang-undang perlembagaan, Profesor Emeritius, Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.
Shad Saleem, penyandang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, berkata kuasa meminda Perlembagaan adalah sebahagian besarnya milik Parlimen kecuali dalam tiga bidang seperti termaktub dalam Perkara 2 (b), Perkara 159 dan Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata tiga bidang tersebut ialah Perkara 2 (b) melibatkan pengubahan sempadan mana-mana negeri, Perkara 161E (perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan negeri Sabah dan Sarawak) dan ketiga, kedaulatan Raja atau mana-mana 10 topik yang disebut dalam Perkara 159 (5) seperti kedudukan agama Islam dan kewarganegaraan.
"Hanya tiga bidang ini perlu mendapatkan persetujuan insitusi atau pihak berkuasa di luar Parlimen dan sekiranya tidak, negeri-negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pindaan perlembagaan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk: "Hubungan Negeri dan Persekutuan di Malaysia" pada Persidangan Fahaman Persekutuan di Malaysia: Mentakrif Semula Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia, di sini, pada Isnin.
Persidangan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini bertujuan menggalakkan pemahaman dan wacana yang lebih luas, serta membolehkan generasi Malaysia masa kini menghargai visi para pengasas negara dan kaitan fahaman persekutuan dalam persekitaran zaman sekarang.
Persidangan dua hari itu dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Sementara itu, Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, dalam kertas kerja berjudul: 'Sebuah Nota Prakemerdekaan Negeri Sembilan Menerusi Kaca Mata Fahaman Persekutuan dan Perlembagaan', berkata salah satu tujuan fahaman persekutuan adalah untuk mencapai perpaduan dan memelihara kepelbagaian negeri-negeri persekutuan.
Penceramah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata perpaduan dan kepelbagaian penting dalam prinsip persekutuan kerana fahaman persekutuan mengungkapkan dan menyalurkan dua kekuatan sosial iaitu kekuatan perpaduan dan daya memelihara perbezaan.
"Idea perpaduan dalam kepelbagaian dalam susunan perlembagaan, saya rasa relevan dalam konteks Negeri Sembilan sebagai salah satu negeri dalam persekutuan. Berbanding dengan negeri-negeri lain di Persekutuan, Negeri Sembilan mempunyai keunikan budaya dan tradisi yang berbeza.
"Secara umum diketahui keunikan itu berasal daripada tradisi Adat Perpatih. Negeri-negeri lain dalam Semenanjung mengamalkan Adat Temenggung. Ini menunjukkan bagaimana konsep fahaman persekutuan membenarkan pengekalan adat dan tradisi di negeri-negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019
Tuanku Muhriz menyampaikan sijil kepada Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad (kanan) ketika berkenan merasmikan persidangan mengenai Federalisme di Malaysia di USIM, Nilai, 1 Julai, 2019. - Foto BERNAMA
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wujudkan undang-undang khusus kekang kejadian buli - Pensyarah
Sama ada tindakan undang-undang terhadap perbuatan buli boleh dibawa ke mahkamah atau tidak, ia bergantung pada fakta kes dan kecederaan yang dialami serta akibat kecederaan yang dialami.
Golongan antivaksin sebar berita palsu boleh dipenjara, didenda RM50,000 - Khairil Azmin
Sebarang kenyataan palsu atau fitnah yang didorong oleh niat jahat akan berhadapan tindakan undang-undang.
Maklum majoriti secara telus, jangan kelirukan rakyat - Pensyarah undang-undang
Beliau berkata jika terdapat pemimpin parti yang mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu, maka ia juga perlu dimaklumkan kepada rakyat secara terbuka.
Perlembagaan bentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat
Kuasa meminda Perlembagaan adalah sebahagian besarnya milik Parlimen kecuali dalam tiga bidang seperti termaktub dalam Perkara 2 (b), Perkara 159 dan Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan.