Seorang pesakit mental yang juga orang kurang upaya (OKU) rentung manakala bapa saudaranya yang juga pesakit mental cedera apabila rumah mereka dijilat api di Mambang Diawan dekat Kampar hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi tadi, mayat mangsa yang dikenali sebagai Lee Chan Hoong, 39, ditemui di dalam sebuah bilik manakala Lee Swee Kam, 57, dapat menyelamatkan diri.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata struktur rumah terbabit yang merupakan separuh batu dan kayu menyebabkan api marak dengan cepat.
"Saksi melihat api marak di bahagian tengah rumah dan bapa saudara mangsa berjaya keluar sambil memanggil si mati," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Ng, kedua-dua mangsa hanya tinggal berdua di rumah berkenaan manakala keluarga mereka menetap di Johor Bahru.
Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera di bahagian kepala dan tangan masih menerima rawatan di hospital yang sama.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar Meor Mohd Ali Meor Hussien berkata rumah berkenaan 80 peratus terbakar dan ia kemungkinan berpunca daripada bahagian belakang berikutan keseluruhan bahagian itu musnah terbakar.
Katanya 12 anggota dengan dua jentera serta bantuan dua anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah dapat mengawal kebakaran pada kira-kira 11 pagi dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 12.45 tengah hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2016
Seorang pesakit mental yang juga OKU rentung manakala bapa saudaranya yang juga pesakit mental cedera apabila rumah mereka dijilat api. - Gambar hiasan
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Etika pakaian: Hospital Kampar tidak pernah halang pesakit tidak boleh terima rawatan
Setiap pesakit yang datang ke hospital itu untuk menerima sebarang rawatan, diterima dalam apa juga keadaan terutamanya sewaktu kecemasan.
Lelaki cedera dihempap pokok di kebun
Lelaki berusia 36 tahun itu cedera di bahagian pinggang selepas dihempap pokok ketika melakukan kerja-kerja memotong pokok.
Pesakit mental yang juga OKU rentung rumah dijilat api
Seorang pesakit mental yang juga orang kurang upaya (OKU) rentung manakala bapa saudaranya yang juga pesakit mental cedera apabila rumah mereka dijilat api di Mambang Diawan dekat Kampar hari ini.
Seorang terbunuh dalam kemalangan dekat Gopeng
Seorang pemandu bas terbunuh manakala 10 penumpang cedera apabila bas yang mereka naiki merempuh treler dekar Gopeng tengah malam tadi.