awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera dihempap pokok di kebun

Aida Aziz
Aida Aziz
31/01/2022
08:01 MYT
Lelaki cedera dihempap pokok di kebun
Ketika kejadian mangsa berada di atas pokok berketinggian dua meter. - Gambar ihsan bomba
KAMPAR: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit lebih 40 minit apabila cedera dihempap sebatang pokok di kebunnya di Kampung Pasir, Kuala Dipang di sini.
Difahamkan lelaki berusia 36 tahun itu cedera di bahagian pinggang selepas dihempap pokok ketika melakukan kerja-kerja memotong pokok.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, ketika kejadian mangsa berada di atas pokok berketinggian dua meter dengan pokok menghempap badannya.
Katanya, bomba menerima panggilan berhubung insiden itu pada pukul 1.28 tengah hari.
"Setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar di lokasi mendapati sebatang pokok telah menggelongsor dan menghempap badan mangsa.
"Didapati mangsa dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang.
"Kerja-kerja memotong dan mengalihkan dahan pokok menggunakan gergaji, lebih kurang 10 minit," katanya.
Kata jurucakap itu lagi, anggota bomba kemudiannya membuat kerja-kerja menyelamat dan mengalihkan pokok sehingga mangsa berjaya diturunkan.
Mangsa kemudiannya mendapat rawatan awal daripada petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seterusnya dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan susulan.
Topic Berkaitan
#lelaki cedera
#dihempap pokok
#Hospital Kampar
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan