Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba memanipulasi kenyataan Menteri Besar Johor mengenai keputusan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penganjuran pesta arak secara terbuka di negeri Johor baru-baru ini.
Pengarah Penerangan dan Komunikasi PH Johor, Suhaizan Kayat berkata kenyataan MB Datuk Osman Sapian jelas menyebut walaupun tiada lesen dikeluarkan untuk penganjuran pesta sedemikian tetapi tiada halangan bagi orang bukan Islam untuk minum di premis persendirian selagi ia mematuhi syarat ditetapkan.
"Kenyataan ini dengan jelas menyatakan bahawa keputusan kerajaan negeri ini adalah merujuk kepada pesta arak secara terbuka bukan meliputi penjualan arak kepada orang bukan Islam.
"Pakatan Harapan Johor memandang serius kepada mana-mana pihak yang cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan Johor telah membuat keputusan untuk menafikan hak orang bukan Islam itu dan mengharamkan lesen penjualan minuman keras kepada orang bukan Islam di negeri Johor," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Suhaizan, keputusan itu berdasarkan pertimbangan menjaga sensitiviti budaya Bangsa Johor di samping hak masyarakat bukan orang Islam terus dipelihara selagi ia tidak melanggar mana-mana peraturan sedia ada.
"Justeru, maklumat ini seharusnya jelas dan sebarang manipulasi dari mana-mana pihak harus dihentikan serta-merta. Ini bagi memastikan berita-berita fitnah dan adu domba antara kaum atau agama dapat dielakkan," tambah Suhaizan, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.
"PH Johor yakin rakyat dapat memahami dan menerima keputusan ini demi memastikan hubungan antara kaum dapat terus berjalan harmoni dan saling hormat-menghormati," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 17 2018
Kenyataan Osman Sapian jelas menyebut walaupun tiada lesen dikeluarkan untuk penganjuran pesta sedemikian, tetapi tiada halangan bagi orang bukan Islam untuk minum di premis persendirian. - Gambar fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam
Namun, sekiranya perlu, bukan Islam boleh menulis kepada MKI untuk meleraikan sebarang kemusykilan dengan baik.
Rang Undang-undang sekat sebar agama lain kepada orang Islam sedang diusahakan
Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dijangka akan dibentangkan tahun depan.
Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid
Pihak kerajaan negeri menafikan urusan umat Islam terutama melibatkan pelantikan jawatankuasa surau dan masjid, akan dicampur tangan oleh bukan Islam.
Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara berkata bahawa Menteri Dalam Negeri boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.
Terengganu tak halang atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama
Pakaian patuh syariah tidak tertakluk kepada atlet bukan Islam di negeri ini sebaliknya garis panduan tersebut hanya melibatkan atlet Muslim.
Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari
Dua kakitangan perubatan awam direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim
Mana-mana pihak tidak seharusnya menilai pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya berdasarkan terjemahan semata-mata tanpa memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM
PPIM menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau.
Jangan politikkan isu kalimah Allah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengingatkan pihak-pihak tertentu agar tidak mempolitikkan isu kalimah Allah.