awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid

Bernama
Bernama
07/11/2023
05:50 MYT
Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid
Datuk Rahmad Mariman berkata sangat jelas terdapat kekeliruan, dalam memahami kaedah pelantikan jawatankuasa masjid dan surau di Melaka. - Gambar fail
MELAKA: Kerajaan negeri menafikan urusan umat Islam terutama melibatkan pelantikan jawatankuasa surau dan masjid, akan dicampur tangan oleh bukan Islam.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata sangat jelas terdapat kekeliruan, dalam memahami kaedah pelantikan jawatankuasa masjid dan surau di Melaka.
"Bukan Islam tidak boleh masuk campur, kerana kami (Islam) juga tidak ikut campur urusan lain-lain agama. Saya juga tidak akan membenarkan perkara ini berlaku dan saya akan buat siaran (penerangan) yang lebih jelas, agar isu ini tidak dipolitikkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui pekeliling bertarikh 25 Okt lepas memaklumkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan bukan Islam boleh mencadangkan senarai jawatankuasa dengan sokongan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung (JPKK) atau Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun), beragama Islam.
Ketetapan itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 11 Okt, bagi urusan pelantikan baharu jawatankuasa masjid dan surau sesi 2024-2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#pelantikan jawatankuasa masjid
#bukan Islam
#Rahmad Mariman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan