Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihati pengundi di seluruh Malaysia untuk memilih pemimpin beribawa yang mengangkat agama Islam sebagai agenda utama dalam pentadbirannya.
Beliau berkata, pemimpin yang dimaksudkan itu adalah pemimpin yang membantu memenangkan agama Allah serta menegakkan keadilan hukum Allah.
"Iaitu dengan menjalankan tugas-tugas mendaulatkan Islam, berusaha melaksanakan kesyumulan syariat Allah serta melaksanakan dakwah dan jihad.
"Yang pasti, pemimpin berwibawa adalah pemimpin yang takutkan Allah, menganggap kemenangan di dalam pilihan raya sebagai satu amanah berat dan akan berusaha sebaik mungkin bagi mengotakan janji-janji terutamanya yang termaktub dalam manifesto," katanya melalui satu kenyataan perutusan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dikeluarkan sebentar tadi.
Tambah beliau, mengundi bukan sekadar aktiviti untuk memenuhi tuntutan demokrasi yang dilakukan sekali dalam lima tahun, tetapi ia merupakan satu kesaksian yang penuh dengan beban kertanggungjawaban di dunia dan di akhirat.
"Ia sangat penting kerana dasar-dasar negara yang menjadi amalan masyarakat banyak ditentukan oleh wakil-wakil yang dihantar ke Parlimen.
"Begitu juga kedudukan Islam, sejauh mana Islam diperkasakan di negara ini juga banyak ditentukan oleh mereka," ujarnya.
Dalam pada itu, Harrusani turut meningatkan bahawa umat Islam tidak boleh mengasingkan diri dari sistem pemilihan ini sama ada secara suka ataupun tidak.
"Tindakan untuk tidak mengundi dan berniat untuk merosakkan undi merupakan tindakan yang salah serta tidak membawa sebarang keuntungan kepada Islam bahkan perbuatan itu adalah satu perbuatan yang mensia-siakan hak yang diberi.
"Kesaksian kita tidak boleh disembunyikan dengan tidak mengundi mahupun mengundi rosak, justeru warganegara yang layak wajib mengundi atas dasar memberikan kesaksian," ujarnya.
Shafiq Noordin
Tue May 08 2018
HARUSSANI: Mengundi bukan sekadar aktiviti untuk memenuhi tuntutan demokrasi yang dilakukan sekali dalam lima tahun, tetapi ia merupakan satu kesaksian yang penuh dengan beban kertanggungjawaban di dunia dan di akhirat. - Astro AWANI
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
PRN Sarawak: Jangan perjudikan masa depan Sarawak - Naroden
Rakyat Sarawak diingatkan tidak memperjudikan masa depan negeri ini sehingga mampu menggugat kestabilan politik dan kesejahteraan masyarakat yang telah dicapai selama ini.
Tukar sistem pilihan raya, langkah tepat
Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari berkata gesaan itu telah lama disuarakan NGO itu dalam memastikan integriti pilihan raya dan menghormati hak pengundi di negara ini terbela.
Pilih pemimpin berwibawa yang angkat Islam - Mufti Perak
Tan Sri Harussani Zakaria menasihati pengundi di seluruh Malaysia untuk memilih pemimpin beribawa yang mengangkat agama Islam sebagai agenda utama dalam pentadbirannya.