Rata-rata aktivitis politik dan badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan pendirian bahawa sudah tiba masanya sistem pilihan raya 'first past the post' (FPTP) yang boleh memihak kepada calon atau parti tertentu digantikan dengan satu sistem yang lebih adil dan bebas.
Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari berkata gesaan itu telah lama disuarakan NGO itu dalam memastikan integriti pilihan raya dan menghormati hak pengundi di negara ini terbela.
"Cadangan itu memang termasuk dalam rancangan jangka panjang kita kerana kita mahu keterlibatan demokrasi lebih meliputi kehendak rakyat.
"Sistem FPTP ini berdasarkan undi popular iaitu mana-mana wakil parti yang meraih undi terbanyak akan menang. Tetapi adakah ini adil untuk tadbir keseluruhan rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.
Shahrul Aman berkata demikian mengulas cadangan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Dan Undang-Undang Pilihanraya (ERC) yang sedang mengkaji untuk menggantikan sistem FPTP kepada satu sistem lebih berkadar.
Mengenai cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil alih tugas pendaftaran parti politik daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak lama lagi, Shahrul Aman berkata hasil perbincangan pihaknya mendapati langkah itu adalah wajar.
Ini memandangkan SPR merupakan badan bebas berbanding ROS yang merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Proses pendaftaran parti politik dengan SPR dapat mengelak berlakunya salah laku atau sabotaj malah ianya adalah untuk kebaikan semua pihak, katanya.
Senada dengan Shahrul Aman, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyambut baik perubahan itu demi penambahbaikan perjalanan proses pilihan raya khususnya dalam memilih sesebuah kerajaan.
"Dengan adanya ERC, kami mengharapkan pelbagai reformasi dengan kajian mendalam tentang perjalanan pilihan raya di negara ini agar rakyat terus memandang tinggi kredibiliti SPR," katanya.
ERC yang dipengerusikan Naib Presiden BERSATU Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman ditubuhkan bertujuan mengkaji semula sistem dan undang-undang pilihan raya di negara ini. Jawatankuasa itu kini mempunyai 10 anggota tetapi merancang mengembang keanggotaannya kepada 18 anggota daripada BERSIH, Merdeka Centre, pembangkang Barisan Nasional, SPR dan NGO.
Selain Rashid, jawatankuasa itu dianggotai pemimpin BERSATU Datuk Kamaruddin Md Nor, Datuk Nordin Salleh dan Wan Saiful Wan Jan, ahli akademik Prof Datuk Dr Redzuan Othman, Faisal Hazis dan Wong Chin Huat, pegawai khas KDN Datuk Dr Marzuki Mohamad, Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar serta Ketua Pengarah Jabatan Integriti Nasional Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.
Mengulas mengenai pendaftaran parti politik dengan SPR, Tuan Ibrahim bagaimanapun tidak bersetuju dengan hal itu kerana beliau bimbang peranan SPR sebagai pengendali pilihan raya akan terjejas.
Sementara itu, Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) yang merupakan NGO dilantik SPR sebagai pemerhati Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Ogos lepas menyifatkan reformasi sistem pilihan raya berlaku tepat pada masanya memandangkan Pakatan Harapan membawa slogan Malaysia Baharu.
Presiden POKB Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad berkata rakyat sememangnya mahukan perubahan khususnya dalam arena politik negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
Proses pendaftaran parti politik dengan SPR dapat mengelak berlakunya salah laku atau sabotaj malah ianya adalah untuk kebaikan semua pihak. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRN Sarawak: 666,000 anak muda tidak dapat mengundi
Ini kerana pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran secara automatik dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.
PRN Melaka: Elak 'episod katak', gubal enakmen antilompat parti - Bersih 2.0
Calon PRN Melaka wajar berikrar untuk menggubal enakmen mengawal lompat parti dan akauntabiliti politik sebagai manifesto mereka, bagi memastikan tidak berlaku 'episod katak' selepas PRN.
Cadangan Ahmad Maslan: Perbaiki sistem bukan menghukum rakyat - Bersih 2.0
Bersih 2.0 berkata, biarpun untuk menggalakkan rakyat turun mengundi, ia adalah tidak selari dengan prinsip kebebasan memilih oleh rakyat.
Reformasi Parlimen: Lantik Yang di-Pertua, Timbalan dengan semangat rentas parti - Bersih 2.0
Ia tidak harus dilihat sebagai monopoli parti-parti dalam kerajaan, lebih-lebih lagi untuk menunjukkan kekuasaan terhadap pembangkang.
Jadikan undi lebih mudah dan selamat - Pengerusi Bersih 2.0
andemik COVID-19 yang merebak sejak dua tahun lepas sekaligus telah menyekat dan menyukarkan hak mengundi dan akses kepada pengundian.
Kempen Pilihan Raya Pecat sasar kembalikan hak sepenuhnya kepada rakyat
Pilihan Raya Pecat imbang kekuatan yang diberi pengundi kepada pemimpin dengan cara kembalikan dan beri mereka kuasa untuk pecat mana-mana pemimpin.
Perlu ada akta larang wakil rakyat jadi pengerusi GLC/ GLIC - Bersih 2.0
Bersih 2.0 berkata, Akta GLC baharu harus digubal untuk mengawal proses pelantikan pengerusi atau presiden badan tersebut.
Persempadanan: Patuhi perlembagaan dan prinsip kesaksamaan - Bersih 2.0
Bersih 2.0 sifatkan kenyataan Khairuddin menunjukkan niat untuk melukis sempadan dengan pembahagian tidak sekata bagi memenangkan parti beliau.
Madius Tangau cabar Anwar tubuhkan Kabinet bayangan
Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihak pembangkang tidak boleh lagi melengahkan masa dan perlu bertindak pantas sebelum terlambat.
"Hulur bantuan waktu berkempen tak salah" - Muhyiddin
Tiada salahnya Pakatan Harapan umum bantuan kepada rakyat, walaupun sewaktu dalam tempoh berkempen