Polis menahan empat wanita, tiga daripadanya warganegara asing dipercayai menawarkan khidmat seks setelah menghubungi pelanggan secara dalam talian, dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Tanjung Batu malam semalam.
Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, salah seorang suspek itu cedera apabila nekad terjun dari tingkat satu hotel berkenaan untuk melarikan diri semasa serbuan namun berjaya ditahan oleh polis.
"Suspek yang cedera itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Bintulu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, empat suspek itu, seorang daripadanya wanita tempatan, berumur pertengahan 20an.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai mencari pelanggan secara dalam talian dan memberi khidmat seks dengan mengenakan bayaran RM230 untuk tempoh 45 minit bagi setiap pelanggan.
Beliau berkata, semasa serbuan yang dilakukan antara pukul 8 hingga 10.30 malam polis merampas wang tunai dipercayai hasil daripada pelacuran berjumlah RM4,083, 14 keping kondom, empat unit telefon bimbit, tiga pasport antarabangsa dan jel pelincir.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menawarkan khidmat seks dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan penjara setahun atau denda atau kedua-dua sekali.
"Suspek warganegara asing juga di siasat di bawah seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan sosial," katanya.
Beliau berkata, jika disabit kesalahan suspek bakal berdepan hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 18 2018
Suspek yang menawarkan khidmat seks dipercayai mencari pelanggan secara dalam talian. - Gambar hiasan
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah
Sarawak Shell Bhd dan PTTEP HK Ltd Thailand dijangka menyuntik pelaburan berjumlah AS$10.0 bilion (RM44.1 bilion) untuk mengkomersialkan gas masam di kawasan luar pesisir Sarawak.
Orang ramai selamatkan dua lelaki dari rentung
Dua jentera diatur gerak ke lokasi, dengan kekuatan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bintulu dan Balai Kidurong.
Petronas umum penemuan gas di perairan Bintulu, Sarawak
Telaga cari gali Cengkih-1 di Blok SK 320 terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 220 kilometer dari perairan Bintulu.
Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu
Kawasan Rosmari-Marjoram akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui, menggunakan tenaga solar untuk platform luar pesisir.
Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar
Usaha mengesan seorang guru berusia 33 tahun masih giat dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua pelajar sekolah menengah Sebauh, Tatau di Bintulu.