Tepat jam 8 pagi tadi, 53,411 pengundi Semenyih mula menunaikan hak mereka memilih wakil rakyat baharu selepas kematian penyandangnya, wakil Pakatan Harapan (PH) Bakhtiar Mohd Nor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebanyak 24 pusat mengundi dengan 116 saluran dibuka untuk tujuan pengundian.

Pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menempatkan 996 petugas bagi proses pengundian.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan pertandingan antara calon PH Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan calon Bebas Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Kentang'.

Bagi memastikan kelancaran proses pengundian hari ini, seramai 1,115 anggota polis diatur gerak bagi mengawal keselamatan.