Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum memutuskan untuk melaksanakan pilihan raya mengejut di negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata namun pihaknya yakin rakan-rakannya dalam pakatan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara sudah jelas tentang mengapa perlu diadakan pilihan raya negeri (PRN) pada masa ini.
"Kami akan adakan mesyuarat pada Ahad, sila tunggu pengumumannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Peringatan Dr Wu Lien-Teh di sini pada Sabtu.
Rabu lepas, Lim berkata tidak akan mengambil keputusan secara unilateral berhubung PRN, malah akan meneruskan perbincangan dengan sekutunya dan akan memberikan masa secukupnya untuk mereka membuat pertimbangan, tapi tidaklah selamanya.
Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dihadapi Lim, yang juga setiausaha agung DAP.
Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Lim dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai
19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1.
Sementara itu, Lim berkata majlis penerangan mengenai isu ekonomi dan politik semasa bertajuk "Masa Depan Pulau Pinang" akan diadakan pada Isnin ini pukul 8.30 malam di Dewan Masyarakat Penyayang di sini.
"Panel pada malam itu adalah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan beberapa penceramah undangan," katanya.
Di TASEK GELUGOR, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata parti akan mengadakan mesyuarat esok di Sungai Besar, Selangor untuk membincangkan cadangan diadakan PRN mengejut itu.
"Dari segi rasmi, kami parti Amanah belum bincang berhubung perkara itu. Kena tunggu esok baru tahu keputusan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Amanah Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, di sini pada Sabtu.
Pengerusi Amanah Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata pihaknya menunggu perincian daripada DAP mengenai mengapa perlu diadakan PRN kerana isu itu bukan hanya melibatkan negeri sebaliknya di peringkat nasional.
Bernama
Sat Jul 23 2016
Lim Guan Eng (gambar) berkata namun pihaknya yakin rakan-rakannya dalam pakatan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara sudah jelas tentang mengapa perlu diadakan pilihan raya negeri (PRN) pada masa ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.