Pulau Pinang mencatatkan kadar kes kanser payudara tertinggi dalam kalangan wanita di negeri ini dengan 50 kes bagi setiap 100,000 wanita, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Beliau berkata, selepas Pulau Pinang ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 42 kes bagi 100,000 wanita serta Johor (39 kes bagi 100,000 wanita).
Pulau Pinang mencatatkan kadar tertinggi disebabkan kaum wanita di negeri itu mempunyai kesedaran yang sangat tinggi berhubung kanser payudara dengan menjalankan pemeriksaan awal di hospital, klinik dan agensi berkaitan seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
"Kerajaan Persekutuan melalui LPPKN pada tahun ini memperuntukkan RM20 juta khusus untuk wanita di seluruh Malaysia melibatkan tiga program. Sejumlah RM11.4 juta diperuntukkan bagi Program Subsidi Ujian Mamogram, Program Vaksinasi Human Papilloma Virus percuma (RM5 juta) dan Program Rintis Saringan Kanser Serviks (RM3.6 juta).
"Program-program ini dilaksanakan di seluruh Malaysia melalui Klinik Nur Sejahtera LPPKN," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Saringan Mamogram Percuma (Mammo Penang) antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan LPPKN Pulau Pinang, di sini hari ini.
Pada majlis itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Arshad mewakili Kerajaan Negeri manakala LPPKN Pulau Pinang diwakili oleh Ketua Pengarah LPPKN Malaysia Abdul Shukur Abdullah.
Yeoh berkata, pihaknya menyambut baik usahasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan LPPKN untuk kesejahteraan wanita di negeri ini dan berharap negeri lain dapat mengikut contoh Pulau Pinang.
Beliau berkata, Program Subsidi Ujian Mamogram LPPKN menyasarkan 47,000 wanita dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah di seluruh Malaysia akan mendapat manfaat bagi menjalani ujian mamogram tahun ini.
"Tahniah saya ucapkan kepada LPPKN Pulau Pinang kerana dipilih oleh Kerajaan Negeri sebagai agensi pelaksana bagi program ini bermula pada 1 Mac 2019 hingga 28 Feb 2022. Saya difahamkan bahawa peruntukan RM2.658 juta telah diluluskan untuk program Mammo Penang bagi tempoh tiga tahun.
"Para wanita Pulau Pinang sangat bertuah kerana di samping kuota mammogram sebanyak 1,500 wanita daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pulau Pinang bersetuju untuk membiayai 5,000 wanita untuk ujian mammogram percuma menjadikan 6,500 wanita yang layak akan mendapat manfaat melalui saringan kanser payudara pada tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2019
HANNAH: Kerajaan Persekutuan melalui LPPKN pada tahun ini memperuntukkan RM20 juta khusus untuk wanita di seluruh Malaysia melibatkan tiga program. - Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
KBS komited pembinaan fasiliti Sukma 2028 di Kelantan siap ikut jadual
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk memastikan pembinaan fasiliti sukan sempena penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di Kelantan siap mengikut jadual.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.